![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjn-v2LveIP6Xont8XCt6AD6GQAWEx4YoP4LO5r68F6-9SPrIrGdNDmcptUaqIbm6tL2Mbwvo3nTnQCgTZwGOetJNxGCFrm3-k3ARP23rL9eOO22NdZk2dWtN41n7x1nDZXdJq4mTHM36An/s320/ramadhan.jpg)
ok lah, ALT hari ini tak nak la bercerita panjang. jom kita tengok beberapa soalan lazim serta jawapan menjelang bulan yang mulia ini...
Hukum Puasa
Hukum puasa terbahagi kepada tiga iaitu :
- Wajib – Puasa pada bulan Ramadhan.
- Sunat – Puasa pada hari-hari tertentu.
- Haram – Puasa pada hari-hari yang dilarang berpuasa.
Syarat Wajib Puasa
- Beragama Islam
- Baligh (telah mencapai umur dewasa)
- Berakal
- Berupaya untuk mengerjakannya.
- Sihat
- Tidak musafir
Syarat Sah Puasa
- Beragama Islam
- Berakal
- Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
- Hari yang sah berpuasa.
Rukun Puasa
- Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
- Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.
Sunat Berpuasa
- Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman
- Melambatkan bersahur
- Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji
- Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka
- Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib
- Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air
- Membaca doa berbuka puasa
Perkara Makruh Ketika Berpuasa
- Selalu berkumur-kumur
- Merasa makanan dengan lidah
- Berbekam kecuali perlu
- Mengulum sesuatu
Hal yang membatalkan Puasa
- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
- Muntah dengan sengaja
- Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
- kedatangan haid atau nifas
- Melahirkan anak atau keguguran
- Gila walaupun sekejap
- Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
- Murtad atau keluar daripada agama Islam
Hari yang Disunatkan Berpuasa
- Hari Senin dan Kamis
- Hari putih (setiap 13, 14, dan 15 hari dalam bulan Islam)
- Hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
- Enam hari dalam bulan Syawal
Hari yang diharamkan Berpuasa
- Hari raya Idul Fitri (1 Syawal)
- Hari raya Idul Adha (10 Zulhijjah)
- Hari syak (29 Syaaban)
- Hari Tasrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)
Adakah wanita yang haid semasa bulan Ramadan perlu mengqada’ (menggantikan) solat seperti qada’ puasa?
- Tidak perlu mengqada’ solat. Wanita yang haid ketika bulan Ramadan hanya perlu menggantikan puasa mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sahaja.
- “Seseorang pernah bertanya kepada Aisyah r.anha; ‘Adakah perlu seseorang mengqada’kan solat apabila suci?’ Aisyah r.anha menjawab; ‘Kami haid pada zaman Nabi s.a.w. Baginda tidak menyuruh kami melakukannya’.”Hadis Riwayat Bukhari
- Niat adalah lintasan hati atau apa yang sudah diqasadkan oleh hati sebelum melaksanakan sesuatu perkara.Dalam keadaan di atas, hukumnya masih sah kerana dia hanya terlambat bangun sahur dan pasti malam sebelum tidur itu dia sudah pun niat untuk bangun cuma terlambat.Teruskan berpuasa dan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa.
Bolehkah kita berniat puasa untuk sebulan terus?
- Boleh, diharuskan. Dan, tidak menjadi kesalahan jika ingin berniat setiap hari.
Jika seseorang terlupa hari itu adalah bulan Ramadan, bangun dari tidur terus bersarapan seperti biasa. Tiba di tempat kerja baru teringat. Bagaimana pula keadaan begini?
- Lupa adalah lumrah bagi setiap manusia dan ia termasuk hilang kewarasan sebentar.Apabila seseorang itu sudah kembali ingatannya secara normal, maka wajib baginya untuk meneruskan puasa. Ini berbeza dengan orang yang hilang akal atau gila, yang memang gugur kewajibannya daripada berpuasa.
Jika seorang wanita didatangi haid 5 minit sebelum berbuka puasa, adakah puasa pada siang harinya sebelum itu sah?
- Tidak sah dan puasanya terbatal. Dia wajib menggantikan puasanya. Ini kerana waktu tersebut masih dalam tempoh berpuasa.Melainkan, jika haid datang selepas waktu berbuka puasa.
Bolehkah seseorang itu berbuka puasa dengan hanya merokok?
- Merokok adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan, sama seperti memasukkan makanan atau minuman.Cuma, sebaiknya perlu dielakkan demi menghormati bulan yang mulia ini. Merokok bukan hanya memudaratkan kesihatan bahkan, fatwa pernah mengharamkan benda ini.
Memasukkan sesuatu ke rongga badan akan membatalkan puasa. Bagaimana pula jika seseorang itu menggunakan inhaler (alat bantuan pernafasan), terutama bagi pesakit asma?
- Menurut pandangan para ulama kontemporari kini, penggunaan inhaler bagi orang yang berpuasa akan membatalkan puasanya.Ini kerana kajian perubatan menunjukkan bahawa 80% gas inhaler akan masuk ke dalam rongga badannya melalui saluran pernafasannya.Adapun, bagi mereka yang menggunakan alat ini bagi tempoh tertentu hendaklah menggantikan puasanya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.Manakala bagi mereka yang memerlukan alatan ini sepanjang hidupnya dan tiada harapan sembuh, maka hendaklah digantikan puasa tersebut dengan cara fidyah.
- Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.
Comments
Post a Comment