Baitul Hikmah-nafas baru buat PS SMKKKLIA

Bismillahirrahmannirahim

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera & salam 1 Malaysia

  Alhamdulillah, majlis pagi tadi berjalan lancar seperti yang dirancang. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

   Majlis Perasmian tadi juga telah menyaksikan nama baharu buat Pusat Sumber Smk Kompleks KLIA iaitu Pusat Sumber Baitul Hikmah. Tahniah kepada Nur Asyikin Binti Mohamad Kamal dari 1UAA kerana berjaya memberikan nama yang cukup unik bagi PSS SEKOLAH.

    Cukup islamik. Itulah yang saya berani katakan. Jadi, sejajar dengan konsep islamik. Kita kembali kepada  tuntutan menjaga hak dan amanah yang diterapkan dalam islam. Kita kena sedar bahawa setiap individu terutama pengawas pss yang kita menjaga harta intelek sekolah dimana yang menyubang untuk sekolah adalah dari pelbagai pihak. Maka, ketahuilah beratnya amanah yang kita pikul ini. Kita harus komited menjaga Pusat Sumber Baitul Hikmah ini kerana ia adalah amanah masyarakat kepafa kita. Allah akan mempertanggungjawapkan kita terhadap amanah kita ini.

Sekali lagi saya seru agar kita sama-sama komited menjaga pusat sumber dan terus memacunya ke arah membangunkan rakan-rakan kita kearah menjadi modal insan yang hebat bagi membangunkan negara.

Wasalam

#ALT #MFY #ALTMFYBIZ

Comments