Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca.
Pertama sekali saya ingin menzahirkan sekeras-kerasnya kecaman saya
terhadap calon parti WARISAN di Sabah yang mempersendakan Ops Daulat pada tahun
2013 didalam ceramah kempen Pilihan Raya Sabah baru-baru ini.
Kenyataan beliau yang mempersendakan para pengawai keselamatan yang mempetaruhkan
nyawa mereka demi menjaga kedaulatan tanah air daripada penceroboh luar adalah
sangat tidak boleh diterima. Beliau juga mempersendakan Tindakan kerajaan serta
menyatakan bahawa pegawai keselamatan yang mempertahankan tanah air ketika itu hanyalah
berperang melawan ayam dan anjing. Ini merupakan penghinaan yang sangat keterlaluan
dan tidak seharusnya berlaku walaupun demi kepentingan politik.
Seperti yang kita ketahui, pada Februari 2013. Sekumpulan penceroboh
memasuki perairan negara dan berkumpul di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Kumpulan
yang mengelarkan diri mereka sebagai tentera diRaja Sulu ini ingin menuntut hak
keatas kedaulatan Sabah sebagai tanah jajahan Kesultanan Sulu.
Malaysia dibawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Sri Najib
bertegas dengan prinsip bahawa Sabah merupakan sebahagian daripada Malaysia
yang kedaulatan harus dipertahankan. Maka, pelbagai langkah yang telah diambil
kerajaan ketika itu bagi memastikan kedaulatan Sabah terus dipertahankan.
Namun, pada Mac 2013. Pentempuran bersenjata tercetus dan mengakibatkan
dua pasukan keselamatan terkorban serta mencederakan 2 lagi anggota keselamatan.
Ketegangan terus berlaku sehingga akhirnya mengorbankan sejumlah 6 orang
anggota keselamatan negara. Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac 2013 bagi menjaga
maruah dan kedaulatan negara.
Maka, kita lihat Kerajaan ketika itu sangat komited dalam menjaga
kedaulatan Sabah. Pasukan keselamatan sehingga ada yang terkorban nyawa
demi tanah air tercinta. Namun, calon parti WARISAN ini sewenang-wenangnya
menghina dan mempersendakan pengorbanan yang mereka sendiri tidak mampu lakukan
demi tanah air mereka.
Apa yang membuatkan saya tersentuh disini, sanggup mereka meniti diatas pengorbanan
nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara demi survival mereka dalam politik.
Ini merupakan modal politik yang jijik lagi hina yang seharusnya ditolak oleh
warga Sabah.
Maka, kita tidak seharusnya memilih parti yang langsung tidak menghargai
pengorbanan demi Tanah air. Jika pengorbanan yang melibatkan nyawa sekalipun
mereka boleh persendakan. Inikan pula isu yang berkaitan rakyat. Maka, saya
seru rakyat Sabah. Ayuh kita tolak penghinaan ini dengan menterjemahkannya diatas
kertas undi dengan tidak mengundi Parti WARISAN yang langsung tiada sensitiviti
waima keprihatinan terhadap mereka yang mempertahankan negara malah menghina pasukan
keselamatan ini.
Akhir kata, ayuhlah kita mendoakan mereka yang terkorban dalam
mempertahankan kedaulatan negara agar roh mereka dicucuri rahmat In Sya Allah.
Al Fatihah.
Firdaos Yusof
Penerangan UMNOsiswa UniMAP
21.9.2020
Comments
Post a Comment