Tips memilih udang segar


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Apa khabar semua time-time PKP ni? Harap semua baik-baik sahaja. Baiklah, buat pengetahuan semua. Sepanjang PKP ini. Kakak saya memang selalu suruh saya ke pasar. Tapi, saya ini lembab sikit bab-bab pilih barang basah ini.
                Jadi, kebetulan saya hari ini kena beli udang dan sotong. Memandangkan saya dah menimba ilmu sedikit sebanyak tentang cara memilih barang basah ini. Kali ini, saya nak share dengan kalian. Bagaimana nak pilih udang segar.




1.     1.   Pastikan Udang tidak berbau busuk
Perkara ini penting, setiap udang yang segar akan punya aroma bau tersendiri. Ianya penting bagi memastikan udang yang kita pilih itu tidak busuk dan memastikan masakan kita pun lebih sedap dan tiada spoil

2.    2.    Tekstur udang masih keras dan tidak berlendir.
semasa pilih udang tu, picit sedikit bahagian badannya. Pastikan badan udang tersebut masih pejal apabila dipegang. Dan pastikan tiada lender di badan udang tersebut

3.     3.   Kepalanya masih ada dengan badan serta tidak berwarna merah
Indicator yang menyatakan udang ini tidak segar apabila kepalanya pecah serta badannya berwarna merah. Ini disebabkan udang tersebut dah lama dalam simpanan air. Jadi pastikan kepala udang tersebut masih berada dengan badannya serta tidak berwarna merah

4.   4.    Warna udang jernih
Bila tidak warna merah. Jadi sepatutnya udang segar warna macammana? Baiklah, udang yang segar selalunya berwarna jernih. Jadi semasa memilih udang di pasar . pastikan ia jernih serta tiada bitnik-bintik hitam

Itu dia tadi 4 tips mudah bagi anda semua memilih undang di pasar, pasar raya, hypermarket atau mana-mana sahaja tempat yang menjual hasil lautan yang lazat ini.semoga perkongsia kali ini bermanfaat untuk anda semua…

-ALT-

Comments