Politik negara: apa sedang berlaku?


Pada 23 Febuari 2020 , media tanah air dikejutkan dengan satu Gerakan berkumpulan oleh pemimpin-pemimpin dari serata Malaysia berkumpul di Istana Negara. Ini memberikan satu petanda tentang akan berlaku perkara yang berlainan dalam landskap politik negara.


                Jika kita melihat pada minggu yang sama. Beberapa parti dominan dalam negara melakukan mesyuarat-mesyuarat tergempar yang rakyat tidak tahu untuk apa mesyuarat itu dilakukan. Namun, sebelum ini pun kita dapat menjangka sesuatu bakal berlaku apabila Lokman Adam dipecat daripada kepimpinan UMNO kerana suara beliau yang lantang dalam pembentukan kerajaan pintu belakang ini.
               
Dalam Parti Keadilan Rakyat sendiri berlaku pergolakkan yang kita sendiri tidak menyangka. PKR hari ini berpecah kepada 2 kumpulan iaitu satu berpihak kepada Presiden PKR itu sendiri yang pasti dibelakangnya itu ada ahli keluarga beliau dan disebelah lagi satu ialah sayap Penyokong Timbalan Presiden iaitu Azmin Ali yang disokong oleh Zuraida Kamaruddin.
                Hari ini dalam kerajaan Pakatan Harapan itu sendiri kita lihat pergolakkan kerusi Perdana Menteri itu sendiri sedang hangat diperkatakan apabila jalan mudah yang sepatutnya bagi Dato’ Sri Anwar Ibrahim hari ini dilihat sukar apabila Tun Dr Mahathir sekali lagi menggunakan kemahiran dan pengalaman beliau dalam arena politik tanah air untuk mengukuhkan kuasanya.
               
Di sisi lain pula, kita lihat sejak Pilihan Raya Ke- 14 kerajaan sukar untuk membentuk dasar-dasar baru di Parlimen apabila kerajaan tidak mendapat 2 per 3 daripada keseluruhan suara wakil rakyat apabila hanya memegang 113 kerusi diparlimen.
                Blok pembangkang yang sebelum ini menjadi pernah menjadi kerajaan dan hari ini menjadi sebuah pembangkang yang lebih padu daripada pembangkang sebelum ini. Malah kuasa mereka untuk memansuhkan mana-mana rang undang-undang yang tidak dipersetujui mereka juga kuat. Ini adalah sebab kerajaan hari ini sukar untuk bergerak jika mereka tidak mengikut rentak pembangkang.
                Kemungkinan pelbagai situasi berlaku sangat besar. Salah satunya ialah penstrukturan semula kerajaan. Jika sebelum ini kerajaan yang dibentuk kita lihat hanya dari dua parti Dominan iaitu Barisan Nasional yang disertai UMNO sebagai parti dominan dan Bersama-sama MCA dan MIC. Di sisi lain kita lihat iaitu Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan hari in. dua blok ini dilihat mendominansi politik tanah air dan hari ini kita lihat bagaimana pengaruh PAS juga tidak boleh dipandang enteng.
               
Tun Dr Mahathir dilihat lebih kreatif dalam langkah politiknya dengan mengerakkan UMNO, PAS serta serpihan PKR yang berpihak kepada Azmin Ali kepada beliau dan mengabungkan parti-parti ini untuk dijadikan sebuah kerajaan. Jika ini berlaku, DAP dan PKR yang berpihak kepada Dato’ Sri Anwar Ibrahim akan diketepikan daripada menjadi kerajaan. Dengan erti kata lain, perjanjian untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Tun M telah diketepikan.
                Kemungkinan akan terbubarnya Parlimen adalah boleh terjadi. Jika semua parti yang Tun Dr Mahathir panggil tidak setuju dengan permintaan mereka. Mereka boleh mendesak untuk membubarkan parlimen dan Pilihan Raya Umum boleh berlaku seiring dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak.
                 Situasi ini kita lihat sebuah episod tahun 1998 yang kita lihat berulang lagi hari ini apabila Tun Dr Mahathir mengetepikan Anwar Ibrahim daripada kerusi Perdana Menteri.

                Konklusinya, apa pun yang bakal berlaku. Kita biarkan masa dan kebijaksanaan pemimpin kita untuk melakukan keputusan. Walau apa pun keputusannya. Diharap ia mampu memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan nya.

-ALT-

Comments