Politik dan Raja

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
 Yang di-Pertuan Agong XVI 
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
 Ibni Almarhum 
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

                         Dalam kegawatan politik yang kita lihat hari ini. Kita dapat lihat bagaimana Yang DiPertuan Agong memainkan peranan yang sangat besar dalam mengawal situasi ini agar tidak menjadi satu ombak badai yang merosakkan kestabilan negara.

            Jika kita lihat struktur Pentadbiran negara Malaysia. Kita dapat lihat dimana Yang Dipertuan Agong merupakan Ketua Negara yang mengetuai 3 bahagian yang memberikan doktrin pengasingan kuasa kepada bahagian Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.
            Jika sebelum ini, kita banyak melihat kerajaan yang diketuai Perdana Menteri dan dibantu oleh Jemaah Menteri yang banyak menguruskan Hal Ehwal negara. Namun, hari ini kita dapat lihat bagaimana kuasa Yang Dipertuan Agong itu berfungsi.
            Setelah beberapa kemelut politik melanda negara kita. Kita dapat lihat yang kerajaan yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke 14 pada Mei 2018 iaitu Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan runtuh dalam masa 22 bulan mentadbir negara.
            Hal ini berlaku sedemikan kerana, perpecahan yang berlaku dalam parti komponan PH itu sendiri. Pergolakkan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membawa kepada peralihan sokongan yang mendorong suara kepada menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal dan mengetepikan Dato’ Sri Anwar Ibrahim sebagai pengganti Tun Dr Mahathir sebagai PM.
            Perebutan suara sokongan inilah yang mendorong kepada pergolakkan politik tanah air hari ini. Setelah runtuhnya kerajaan PH ini. Suara sokongan dari ahli-ahli dewan rakyat diperlukan bagi menentukan siapa selayaknya menerajui kerajaan.
            Namun. Kemelut politik ini ditambah lagi dramanya dengan perletakkan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7. Hal ini menyebabkan kerajaan lumpuh sepenuhnya dan pakatan diperlukan bagi membina kerajaan baharu. Dengan ini, sokongan parti-parti politik dominan dalam parlimen perlu ada bagi membentuk kerajaan.
            Walaupun UMNO Bersama sekutu mereka dalam BN serta rakan mereka PAS menyokong Tun dr Mahathir. Namun, mereka enggan dan tetap dengan pendirian mereka untuk tidak mempunyai hubungan dengan Parti DAP yang juga menyokong Tun Dr Mahathir.
            Akhirnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah mengambil jalan dengan memanggil semua ahli parlimen untuk mengadap untuk mendapatkan suara Ahli Parlimen untuk siapa yang bakal menerajui kerajaan.
UMNO dan PAS serta BN tidak akan
berkerjasama dengan DAP
            Namun, BN dan PAS telah menyembahkan cadangan kepada Yang DiPertuan Agong untuk membubarkan Parlimen. Dengan kata lain, Pilihan Raya Umum boleh dijangka untuk berlaku.

            Apapun yang berlaku, kita mengharapkan yang terbaik buat negara kita yang tercinta ini. Kami mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong diberikan kebijaksaan dan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut ini dengan bijaksana. DAULAT TUANKU

Comments