Tahun 2020 ini, dunia
digemparkan dengan satu wabak yang dikenali sebagai korona virus atau nama
saintifiknya ialah COVID-19. Setakat ini
angka pesakit yang mengidap penyakit ini semakin meningkat saban hari. Terkini
sebanyak 69,198 kes dicatatkan dimana melibatkan sebanyak 1669 kematian
diseluruh dunia.
Malaysia
juga tidak terkecuali daripada serangan wabak ini dimana terkini ketika artikel
ini ditulis. Sebanyak 22 kes telah direkodkan di negara ini. Wabak ini sengat
merbahaya sehingga mampu membawa kematian kerana cara penyebaran penyakit ini
yang sangat mudah.
Organisasi
Kesihatan Dunia (WHO) juga telah mengeluarkan arahan darurat kesihatan. Ini
cukup jelas kepada kita bahawa penyakit ini sangat bahaya kepada dunia secara
am.
Setakat
16 Febuari 2020, sebanyak 166 kes baharu direkodkan di Daerah Hubei China.
Perancis juga merekodkan satu kematian disebabkan korona virus. Ini merupakan
kematian pertama diluar asia selepas kematian pertama diluar China direkodkan
di Filipina.
Sedia
maklum secara am nya. Korona Virus ini bermula di wilayah Wuhan, China. Tetapi
wabak ini telah pun menular ke seluruh dunia. Maka, terdapat beberapa
pendekatan yang kita boleh ambil bagi mengelak wabak ini dari berjangkit dengan
kita.
WHO
menyarankan beberapa syor seperti berikut:-
-
Kerap
membasuh tangan
-
Masak
sehingga matang telur dan daging
-
Sentiasa
memakai penutup hidung dan mulut
-
Sentiasa
menutup mulut ketika bersin dan batuk
Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA
daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu
penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan
duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus
kesalahan-kesalahannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No : 5641, Muslim, No
: 2573, at-Tirmizi, No : 966, Ahmad, No : 7684, 8070, 10714)
-ALT-
Comments
Post a Comment