Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) (pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris) adalah dasar kerajaan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap
bahasa Inggeris di kalangan murid-murid di sekolah rendah dan menengah di
Malaysia. Selaras dengan dasar ini, mata pelajaran Sains dan Matematik diajar
dalam bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa Melayu yang digunakan sebelum
ini. Dasar ini diperkenalkan pada tahun 2003 oleh Perdana Menteri Malaysia,
Mahathir Mohamad. PPSMI menjadi subjek perbahasan di kalangan ahli akademik,
ahli politik dan orang awam, yang berakhir dengan pengumuman pembalikan dasar
pada 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun hari ini, Perdana Menteri merangkap pemangku
Menteri Pendidikan Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa dasar PPSMI akan dikembalikan.
Jadi persoalannya, adakah wajar dasar PPSMI ini dikembalikan setelah
dimansuhkan atas desakan ibubapa dan beberapa pihak.
Seperti yang kita ketahui bahawa Sains dan Metamatik
merupakan subjek yang diaplikasi diseluruh dunia dan menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai Bahasa penggantarnya. Sepertimana beberapa hujah menggunakan kemajuan
sains dan teknologi di jepun dan korea menggunakan Bahasa ibunda mereka dan
mereka berhasil menjadi gergasi dalam dunia teknologi.
Namun, kita perlu ketahui bahawa Jepun dan Korea
merupakan negara yang Berjaya membawa inovasi mereka sehingga menjadi bahan
rujukan kepada negara lain. Maka, itu menjadi hak mereka untuk menjadikan Bahasa
ibunda mereka sebagai Bahasa teknologi mereka. Namun, di Malaysia kita masih
lagi ditahap mengambil teknologi luar dan menggunakannya dan masih lagi merujuk
ke negara lain.
Maka, jika kita menerapkan Bahasa Melayu kedalam
pembelajaran dan pengajaran Sains dan Metematik sudah pasti kita bagai
membesarkan generasi mendatang dengan terma-terma yang akan menjadi satu
obligasi dalam sistem terma dari Bahasa melayu kepada Bahasa ingeris jika
mereka sampai ketahap Universiti dan lebih parah apabila mereka selalu didedahkan
dengan terma Bahasa Melayu maka jangan diperdebatkan jika generasi mendatang
akan kurang dari segi produktiviti mereka kerana kurang arif dalam terma-terma
dalam Bahasa inggeris.
Ini kerana, seperti yang saya katakana di awal tulisan
ini. Sains dan Metematik adalah satu subjek universal dan global. Maka, cara
pembelajaran dan pengajaran juga harus dalam lingkuk Bahasa penggantar teknologi
tersebut.
Maka, saya menyokong penuh usaha kerajaan dalam
mengembalikan PPSMI
ini. Demi menjadi pemangkin dalam merancakan lagi penggunaan teknologi serta diharap
kita mampu menginovasi teknologi sehingga dapat diadaptasi seluruh dunia dan
ketika itulah saya rasa kita boleh mempertimbangkan untuk mengubah cara pembelajaran
anak-anak ini ke Bahasa Rasmi negara ini.
-alt-
Comments
Post a Comment