SPM: addmath susah?



Assalamualaikum dan Hai kepada semua pembaca.
 Hari ini ALT dikejutkan dengan pelbagai ditomahkan baik dari pihak murid mahupun ibubapa. Baru-baru ini telah berlangsung peperiksaan yang besar yang penting buat adik-adik kita. Iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Jika tahun-tahun lepas, kita dapat lihat bagaimana isu seperti kertas soalan atau jawapan yang bocor atau kenyataan-kenyataan palsu yang mengatakan bahawa akan diadakan peperiksaan gantian selalunya menjadi tular.
serius ar?
Hari ini yang mengejutkan ALT sendiri iaitu, ada pihak yang mendesak supaya markah peperiksaan Matematik Tambahan untuk SPM tahun ini direndahkan garis lulus kepada 5%.
ALT hanya mampu gelak mendengar isu ini. Bukan apa, sepertinya pihak-pihak ini tidak cakna dengan cara pengiraan garis markah lulus dan pengredan di Malaysia ini. Dengan kata lain, menunjukan ketidak bijaksanaan mereka.
For the first place, saya teringat zaman saya menduduki SPM dulu. Saya juga salah seorang yang mengambil subjek killer ini. Sebelum SPM tidak pernah sekalipun lulus mata pelajaran ini. Bila saya mengadukan pada guru kelas tambahan saya. Beliau selalu kata, ‘siapa suruh x pandai’ . HAHAHAHAHA!!!!
Ini menjadi satu pembakar semangat untuk saya, alhamdulillah saya memperoleh gred C untuk mata pelajaran Killer ni. Alhamdulillah.
Balik kepada isu ini, kenapa nak salahkan soalan sedangkan diri sendiri yang tak pandai? Siap berpetisyen bagai.
Untuk pengetahuan semua, markah-markah dalam peperiksaan awam ini akan dikira berdasarkan taburan markah semua calon. Dengan cara itulah mereka boleh menentukan gred dan paras lulus setiap subjek.
Sebab itu lah kita pernah dengar, ada yang jawap soalan addmath 3 soalan pun dah lulus.HAHAHAHA, saya la tu.
Jadi, buat adik-adik semua. Jangan risau. Jika dah buat yang terbaik. Doa saja yang baik. Ini baru permulaan, there will be more challenges ahead. Kalau isu sekecil ini pun kita dah melatah, bagaimana kita nak harung cabaran diperingkat seterusnya?

-ALT- 

Comments