TOL PERCUMA: sejauh mana impak kepada rakyat.


Syukur setelah hampir 10 bulan mentadbir. Bak kata  penyokong Pakatan Harapan (PH) , mereka telah menerima ‘anak’ setelah menang pilihan raya Mei 2018 iaitu TOL percuma. TOL percuma merupakan salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) kali ke 14 pada Mei 2018.  ( http://www.pmo.gov.my/home.php?menu=news&page=1729&news_id=928&news_cat=4 )

Setelah minyak kembali ke paras RM2.00 seliter, harga barang tetap naik walaupun Malaysia mengalami deflasi pada Januari 2019 dan potongan hampir 50 peratus Bantuan Rakyat . Malaysia akhirnya boleh manarik nafas lega apabila boleh keluar lewat malam iaitu dari 11 malam hingga 5 pagi.

Dari kaca mata saya sebagai anak muda. Iainya sangat baik bagi rakan-rakan saya. Kerana mereka boleh berlumba dengan kereta mereka di terowong SMART atau mana-mana lebuh raya yang termasuk dalam pengecualian ini.

Namun, terus kepada point utama. Pengecualian tol dan diskaun 30% pada waktu bukan puncak tidak dapat membantu memberikan impak yang optimum kepada rakyat.

Secara dalam konteks kos sara hidup rakyat. Rakyat Malaysia , terutama mereka yang berkerja dalam waktu pejabat perlu membayar caj kesesakkan mengikut kadar tol semasa. Ini secara tidak langsung tidak menurunkan kos sara hidup mereka yang berkerja dalam waktu berkerja.

Jika ia mengatakan bahawa dapat menjimatkan kos logistik dan membantu mengurangkan kos barang dijual. Ia juga tidak relevan kerana hanya Lebuhraya dalam Lembah Klang sahaja yang terlibat dalam pengecualian tol ini. barang-barang yang dibawa masuk dari luar Lembah Klang menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan tetap dikenakan caj tol seperti biasa.

Jelas disini bahawa, kerajaan perlu memperhalusi semula cadangan mengambil alih konsesi lebih raya ini memandangkan ia juga akan menjejaskan  beberapa syarikat seperti GAMUDA dan MRCB untuk memberi pulangan kepada syarikat Pelabur mereka yang diantara nya ialah KWSP .

Ia juga tidak memberikan impak yang besar kepada rakyat namun memberikan impak yang besar kepada liabiliti Negara dengan mempertingkatkan hutang Negara ditambah dengan Malaysia menghadapi ekonomi Deflasi buat pertama kalinya selepas kegawatan kewangan pada 2009 .

-ALT-

Comments