HIJRAH SEORANG PENDOSA,


Assalamualaikum , dan salam sejahtera

ALT hari ini nak cerita pula tentang hijrah seorang pendosa. Siapakah pendosa? Kita semua buat dosa. Mahu yang kita sedar atau yang kita terlepas pandang. Ramai anak muda macam saya yang kadang-kadang dah rasa diri jauh dari Allah dan tak mahu ambil inisiatif untuk dekat kan diri pada Allah. Ini disebabkan mereka rasa hina atau pun lalai dek kerana arus duniawi.

Allah berfirman dalam surah al-Nisa ayat 17 yang bermaksud,

Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana“.


Maka, kita seharusnya tahu bahawa Allah itu Maha Pengasih dan bersedia menerima taubat hambaNya. Betul mungkin kita dah melakukan sebesar-besar dosa dalam muka bumi ini.

Tetapi, ingat bahawa Allah itu maha pengampun, mari kita menyulurusi secara ringkas riwayat hidup Khalifah islam kedua iaitu Saidina Umar Al Khatab yang sebelum memeluk islam. Beliau adalah yang paling lantang menentang islam.

Menurut sejarah lebih dari 11 orang yang telah disiksa dan mati disebabkan mengikuti ajaran Nabi S.A,W . namun, beliau menjadi pedang Allah apabila menjadi pembela islam yang paling kuat sehingga menjadi antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga.

Begitulah juga kita, ketahuilah. Manusia kerdil seperti kita sesungguhnya masih ada ruang untuk perbaiki diri kita kearah yang diredhai Allah. Carilah ketenangan hakiki iaitu dengan menghayati ayat-ayat Allah.

Firman Allah dalam Surat Al-An’am ayat 54 yang bermaksud

 

 “Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

 

Maka, berhijrah pendosa-pendosakan sekalian. Perbaharui taqwa kita iaitu kita menunaikan segala perintah Allah dan terus mencuba menjauhi larangannya.

 

Firman Allah dalam Surat At-Taubah ayat 11 yang bermaksud

 

 “Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui“.

 

Semoga bermanfaat buat semua dan mendapat keredhaan Allah dan mendapat tempat di syurga Allah nanti in Sya Allah

 

-ALT-

 

 



Comments