Maal Hijrah : Fakta tentang Kalendar islam


Assalamualaikum dan hai semua!

Syukur kerana Allah memanjangkan usia kita untuk menghirup udara di tahun baru 1440 Hijrah ini. yang paling seronok mestilah bila dapat cuti.

Selalunya bila tiba maal hijrah kita selalu didendangkan dengan ceramah dan cerita serta riwayat tentang hijrah Rasulullah dari Mekkah ke Madinah untuk menegakkan agama Allah ini.

Namun, tak ramai yang tahu bahwa Rasulullah tidak berhijrah pada 1 Muharam bahkan baginda berhijrah bermula pada 26 Safar bersamaan 9 september 622 (masihi) . tapi kenapa muharam dipilih sebagai pemulaan tahun? Hari ini ALT kongsikan beberapa fakta tentang kalendar hijrah ni.

1.Kalendar HIJRAH diasaskan oleh Saidina Umar Al – Khatab


Sebagaimana sedia maklum bahawa dizaman Saidina Umar, Islam berada dizaman kegemilangannya apabila jajahan takluk wilayah islam sangat meluas di semenanjung tanah arab.

Saidina Umar sebagai Khalifah ketika itu merupakan seorang pemimpin yang sangat kreatif dan inovatif dalam pentadbiran beliau. Beliau telah memilih Tahun Rasulullah berhijrah sebagai tahun pertama dalam kalendar islam sebagaimana masihi telah menggunakan tahun kelahiran Nabi Isa sebagai tahun pertama masihi.

Hasil perbincangan dengan para sahabat yang lain maka mereka telah menentapkan bahawa Muharam dipilih sebagai bulan pertama dalam kalendar hijrah dan didalam tahun ini terdapat 12 bulan

2.KENAPA 12 BULAN?


Kalendar masihi juga mempunyai 12 bulan. Adakah penciptaan kalendar hijrah ini meniru cara kiraan kalendar masihi. Tidak sama sekali. Kerana 12 bulan itu adalah tetapan Allah S.W.T. sebagaimana tertulis dalam surah At Taubah ayat 36:-

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

yang bermaksud :- Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.

Pengiraan hari dalam masihi dikira bermula pada tengah malam namun pengiraan hari dalam hijrah bermula pada ketika masuknya waktu manghrib.

3.Nabi tidak berhijrah pada bulan Muharam


Ramai yang menganggap bahawa bulan awal muharam ini adalah ulang tahun kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekkah ke Madinah. Namun, pengkaji sejarah menyangkalnya. Kerana nabi memulakan perjalanan hijrah pada pada 26 Safar bersamaan 9 september 622 (masihi).

4.Muharam sebagai bulan pertama.


Hasil daripada perbicangan di zaman Saidina Umar, Muharam dipilih sebagai bulan pertama  kerana umat islam baru sahaja selesai menjalani ibadah haji. Maka, bulan ini dianggap sebagai satu perenggan baru buat sekalian ummat islam untuk terus mensyukuri nikmat Allah S.W.T.

5.Memudahkan urusan.

Di zaman Saidina Umar, wilayah jajahan takluk kerajaan khulafa’ ar Rashidin ketika itu sangat luas. Namun pada ketika itu juga, bangsa arab menggunakan pelbagai jenis cara untuk mengira kiraan garis masa. Terdapat kalendar ROM, kalendar Parsi dan pelbagai lagi kalendar yang akan menyebabkan kekeliruan dalam urusan pentadbiran kerajaan ketika itu. Maka, Saidina Umar tampil dengan idea untuk membentuk dan menyelaraskan semua tahun-tahun dan kiraan garis masa mengunakan cara islam.

Ada yang berpendapat bahawa cara ini meniru cara orang lain. Namun, penentuan kaedah kalendar hijrah ini adalah untuk mendatangkan kebaikkan dan masih lagi diatas landasan syarak dan tiada percanggahan  dalam agama maka ia diizinkan.

Maka, tadi saya kongsikan sedikit sebanyak fakta tentang Kalendar Hijrah yang kita jarang guna. Hari ini ramai yang menggunakan kalendar hijrah untuk menentukan hari raya, dan awal muharam dan hari keputeraan baginda Rasulullah. Yela.. dapat cuti seronok la korang. Baiklah, moga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada semua.


-ALT-

Comments

Post a Comment