LGBT: PEROSAK TAMADUN MODEN


Hi semua!

Jadi hari ini saya terpanggil untuk menulis tentang isu hangat tentang LGBT ni. Pertama sekali, apa itu LGBT? LGBT ini membawa maksud Lesbian Gay Biseksual dan transgender. Ideology ini adalah bagi membela mereka yang mempunyai tarikan seksual sesesama jantina atas nama hak kebebasan manusia.
Nur Ilyani Mohamed Nawawi
            Sedang hangat di Malaysia hari ini dimana Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang menegur Marina Mahathir tentang perjuangan hak LGBT. Akhirnya doctor ini diadukan ke Biro Pengaduan Awam (BPA).
Datin Marina Mahathir
Apakah kenyataan doctor tersebut yang lantang menegaskan bahawa LGBT tidak seharusnya diiktiraf salah disisi mata rakyat Malaysia dan dimata anak kepada pemimpin tersohor itu?
            Saya melihat situasi ini dimana Datin Marina ingin sekali golongan LGBT ini diberikan hak asas yang sama rata. Soalan saya, adakah golongan LGBT ini hari ini dihalang untuk bersekolah atau menerima rawatan atau pun tidak boleh hidup seperti orang biasa? Mereka masih boleh berjalan bebas didalam Negara ini.Maka apa lagi yang puak ini mahukan?
            LGBT ini salah disisi agama dan membawa mudharat. Tidak perlulah saya terangkan panjang lebar hal ini. jika ada pihak aktivis LGBT mahu berdebat secara terbuka dengan saya, saya sangat mengalu-alukan.
LGBT juga hari ini menggugat generasi muda hari ini. bayangkan bagaimanakah kehidupan kita yang dalam mod reverse ke arah ketiadaan tamadun apabila kita mengiktiraf LGBT ini. kehidupan kita pastinya tunggang langgang baik dalam hukum hakam agama mahupun dalam kehidupan seharian.
surat terbuka untuk Marina Mahathir
Akhir kata, marilah kita perangi ideologi LGBT ini agar tidak masuk ke Malaysia dan meracuni tamadun islam yang kuat ini. setelah jatuhnya kerajaan yang banyak membela agama dan bangsa. Hari ini kita masih lagi meragui kerajaan baru untuk terus membela agama sepeti kerajaan terdahulu.

Comments