Assalamualaikum dan hai semua
Sudah lebih 100 hari Pakatan Harapan menerajui negara. Tidak
dinafikan pelbagai pembaharuan yang dilakukan untuk ‘membersihkan’ Negara ini.
Namun hari ini saya ingin melihat bagaimanakah Pakatan
Harapan menunaikan janji 100 harinya yang menjadi umpan untuk meraih undi
rakyat
Maka mari lah kita melihat progress pelaksanaan janji 100 hari mereka
- Menghapuskan GST
Sedia maklum bahawa GST sangat membebankan rakyat
sehingga menyebabkan kadar kebuluran yang teramat sangat tinggi untuk rakyat
Malaysia terutama anak muda yang sarapan, lunch
dan dinner nya di Mcd dan Starbucks
serta KFC serta fresh grad yang terus
beli Honda civic. Namun bagi saya
juga GST masih lagi belum sesuai di Malaysia memandangkan pasaran Negara ini
terlalu banyak lapisan daripada pengeluar sehingga kepada pengguna akhir. Namun
GST harus diberikan masa untuk menampakkan hasilnya. Untuk memberi tekanan
kepada pihak yang tidak berkaitan dalam rantaian pasaran seperti orang ketiga
yang mengaut keuntungan atas angin yangmana mereka tidak boleh claim GST semula dan memasukkan kos
cukai tersebut kedalam harga mereka untuk masuk secara sah dalam rantai pasaran
sebagai pengeluar, pemborang atau peruncit.
Namun pertukaran semula ke SST yang peratusannya lebih
rendah sekalipun tidak bagus kerana harga barang akan terus meningkat kerana di
Malaysia., jika harga itu naik ia takkan turun kembali. Sebagai contoh harga
sepasang kasut sebelum GST ialah RM50 dan bila GST dilaksanakan ia akan naik
kepada RM60. Namun harga tersebut takkan turun walaupun GST di 0% kan. Sebab nak
untung lebih la. Prinsip perniagaan. Ingin mengaut keuntungan. Dan jika SST
dilaksanakan pada kadar 3% sekalipun harga kasut tersebut tetap akan naik 3%
- Subsidi petrol bersasar
Harga bahan api merupakan salah
satu isu yang sangat hangat diperkatakan. Ye la kan, mana tidaknya hari ni
pelajar sekolah pun dah pakai kereta mahal-mahal. Inikan Negara bakal bankrap
sewaktu era Najib Razak dahulu maka rakyatnya berbondong-bondong tak mampu beli
kereta. ![]() |
| agak - agak sekarang rm5 full tank tak minyak dia? |
Semua orang ada kemampuan
masing-masing, maka pesanan ikhlas saya. Kita harus bijak berbelanja kerana Negara
kita tidak menambat ringgit dengan nilai emas dan wang kertas ini akan
mengalami inflasi setiap tahun yang mana kerajaan mana pun tidak mampu menafikan
perkara ini.
Pentadbiran terdahulu sangat
mementingkan infrastruktur untuk rakyat. Kalau minyak tu dihabiskan untuk hadap
jem dalam KL . naiklah goKL yang free setiap 15 minit tu. (Eh, tak boleh la, kene
jaga nama baik diri). Ye la masing-masing kerja CEO kan? Kalau kerjaKL tapi duk
kajang ulang alik la pakai MRT. X de tol. Tiket nak murah pakai touch n go. Kadang-kadang
saya pelik bila ada rakan-rakan sebaya saya yang guna kereta dan bising minyak
amahal tapi tak pernah ambil tahu pasal public transport yang boleh cut cost
nak berjalan-jalan.
- Hapuskan hutang felda
Apa khabar orang-orang felda yang diberikan rumah dari
generasi 1 hingga 3. Banyak bonus atau insentif tak dari kerajaan baru? Tak boleh
nak komen lebih. kurang fakta bab ni. Hihihihi. Hutang-hutang semua dah langsai
ke?- KWSP untuk suri rumah.
Baru-baru ini Yb TPM dah menlancarkan i-suri.Satu
janji ni dah difulfilled la. Mana tak nye. Bukan usik duit kerjaan. Dia akan
tarah duit para suami.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/459369/kwsp-caruman-suri-rumah-mulai-minggu-depan
- Menangguhkan bayaran PTPTN
Janji ini juga dah dilaksanakan. Syukur. Mahasiswa dan
siswi yang dah grad tu lepas dapat kerja kalau nak elak hutang kerja takat gaji
rm3999 je la. Selain itu, fresh grad jugak boleh pergi travel sana dan sini
tanpa memikirkan hutang anda dan membeli kereta-kereta seperti Honda city atau yang sewaktu denganya sambil
menjerit minyak mahal la!!!!
Saya pernah berada dibawah tajaan PNB. Walaupun biasiswa
saya boleh dilanjutkan ke diploma walau apa keputusan saya di peringkat SPM, tetapi
atas kesedaran saya mendapat keputusan yang tidak seperti yang diharapkan oleh
pihak pengurusan. Saya terus mengambil keputusan merayu ke peringkat STPM
kerana saya sedar bahawa saya sedang menggunakan duit rakyat dan tidak
menggunakannya dengan betul.
Bagi pelajar peminjam PTPTN bukankah anda mahu belajar
di menara gading diawalnya? PTPTN akan mengecualikan pembayaran semula jika
anda Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama oleh IPT.
Adakah ijazah sarjana muda kelas pertama ini limited edition? Maka mereka yang
harus membayar balik ini bukan lah dari lepasan ijazah sarrjana muda kelas
pertama.
- Menyiasat SKANDAL
Kerajaan baru ini sangat energetic bab-bab siasat skandal. syukur lah kalau banyak perkara nak
disiasat semula. 1MDB yang disabotaj rakyat sendiri. Felda yang banyak bantu
peneroka. Jangan lupa juga kes terowong dasar laut serta kes PERWAJA, MAS dan
FOREX. Inikan kerajaan baru. Kene la siasatan yang holistic
Jika nak dakwa jangan la jadi macam student buat kerja last minit. Kertas pendakwaan
tak cukup la, tak print lagi la.
- Mengembalikan Status Hak Sabah Dan Sarawak
Pada zaman PM ke 4, pembangunan di Sabah dan Serawak
dianak tirikan. Beliau juga banyak
mengambil hasil dari sana untuk membangunkan semenanjung serta membela para kroni.
Syukur PM ke 7 menyelamatkan negeri-negeri tersebut. Sesungguhnya pembangunan
disana sedang pesat membangun untuk menambah proiduktiviitinya akhirnya di
tamatkan oleh rakyat di Semenanjung dengan menukar kerajaan ke parti yang lain.
- SKIM PEDULI SIHAT.
Skim ini dilaksanakan diSelangor. Memberi manfaat
apabila ramai golongan B40 dapat rawatan swasta. Mungin rawatan di klinik
swasta lebih mujarap berbanding rawatan yang diberikan hospital dan klinik kerajaan
terdahulu. Namun, skim ini tidak Nampak bayang dalam 100 hari pertama
pentadbiran. Malah ura-ura kerajaan akan tamatkan caj rm1 di institusi rawatan
kerajaan pula hebat diperkatakan sekarang. - Menyamaratakan gaji minimum
Gaji minimum ini mungkin tidak menjadi masalah jika
dilaksanaka di peringkat kerajaan. Namun, ia memberi kesan di peringkat swasta
apabila firma-firma akan mengalami peningkatan kos emolumen mereka. Dan ini
membawa kepada kesan terhadap tingkat harga barang dan perkhidmatan. Namun janji
ini juga turut belum ditunaikan- Kaji semula projek mega.
ECRL,LRT 3, MRT 3 DAN HSR antara projek infrarakyat
yang akan dikaji semula. Jika LRT 3 yang dah dinilai semula dengan pelbagai
penjimatan kos serta pengurangan jumlah kos melihatkan kerajaan hari ini tidak
mementingkan keselesaan masyarakat yang banyak bergantung kepada pengangkutan
awam.
Namun, ada projek mega ini yang membawa kepada
kepentingan rakyat serta memberikan pertumbuhan eonomi ini diambang pembatalan.
Maka, kerajaan hari ini perlu holistic
dalam menilai dengan mengambil kira kebajikan rakyat bukan dendam semata-mata
Maka secara keseluruhannya, kerajaan hari ini memenangi hati
rakyat dengan janji-janji manis yang jelas tidak dapat ditunaikan. Dan mereka
yang menipu ketika mana berjanji ini diketegorikan sebagai MUNAFIK. Jelas ada
yang akan membela mereka dengan mengatakan ‘beri mereka lebih masa’ . jika
begitu, dari awal lagi berjanji tetapi kenapa ambil 100 hari? Ambil la jangka
masa lebih panjang.
Semoga kerajaan yang ditadbir leh Pakatan Harapan yang masih ‘baru’
dalam mentadbir ini yang dianggotai oleh bekas Perdana Menteri, bekas timbalan
perdana menteri, bekas menteri besar dan bekas ketua menteri ini terus bergerak
untuk membawa Malaysia ke arah Malaysia yang maju dan harmoni.





Comments
Post a Comment