Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
![]() |
Tun Dr Mahathir |
22 tahun melakar sejarah membina maruah demi bangsa
Malaysia. Merentasi usia, beliau hari ini masih berkhidmat demi Negara tercinta.
Melakar sejarah demi mengembalikan kegemilangan Negara. Tun Dr Mahathir Bin
Mohamad bukan sahaja ikon malah seorang pejuang demi sebuah Negara berdaulat.
93 tahun bukan sebuah angka yang mengambarkan tempoh masa
sebuah kehidupan yang pendek. Tun Dr Mahathir memasuki politik Negara sejak
awal lagi. Maka, pengalaman beliau tidak boleh dicabar lagi.
![]() |
sweet tak mereka? |
![]() |
akhirnya saya memenangi tempat ke 3 dalam Pertandingan Biar buku berbicara hasil mempersembahkan buku ini. 3 tahun tau saya nak habiskan buku ini! |
Awal kalam sebagai seorang doctor muda berkahwin dengan
pemaisuri hati idaman yang kisah cinta mereka diabadikan dalam buku beliau
iaitu Doktor Umum. Beliau masuk bukanlah sebagai ahli yag mengejar tempat dan
kedudukan semata-mata dalam politik.
Gambaran buruk dilempar terhadap beliau sebagaimana beliau
terpanggil untuk menegur Presiden UMNO ketika itu yang merupakan Perdana
Menteri Malaysia ketika itu. Tun Dr Mahathir ketika itu pada tahun 1969 telah
kalah Pilihan Raya ketika itu namun semangat juang bagi meneguhkan maruah Negara
tetap subur dalam hati beliau.
![]() |
adegan dalam filem Tanda Putera |
Kelalaian Tunku sebagai Perdana Menteri Malaysia yang mana
gagal memastikan jurang antara kaum ketika itu telah mencetuskan
Tragedi 13 MEI 1969. Pada ketika itu, surat layang bagi menegur pemimpin
tertinggi itu telah dibalas dengan surat pemecatan Mahathir dari UMNO. Tragedi
ini dirakam dan dilakonkan semula dalam filem Tanda Putera.
Walaupun begitu, bilamana pucuk pimpinan Negara berubah
ke tangan Tun Abdul Razak yang mana bapa kepada Perdana Menteri Malaysia ke 6.
Tun Mahathir kembali kepangkuan UMNO tatkala Barisan Nasional Ditubuhkan ketika
itu.
Kewibawaan Tun Mahathir dilihat lebih jelas apabila
mengambil alih kepimpinan Negara daripada Tun Hussein Onn pada 1981. Beliau memacu Negara
dengan wawasan yang jelas dan memastikan Negara ini teguh berdiri bermaruah dan
maju dimata dunia.
![]() |
welcome to office Tun! |
1981 hingga 2003 cukup untuk mencipta memori yang sukar
dilupakan apabila perwakilan UMNO menitiskan air mata mendengar Tun Dr Mahathir
berundur dari posisi beliau. Namun, hari ini beliau sekali lagi melompat
kedalam dunia politik yang lebih mencabar. Demi Negara, beliau terpaksa
meninggalkan kesenangan hari tua. Demi Negara beliau sekali lagi menjadi
Perdana Menteri Malaysia ke 7. Namun kini bukanlah bersematkan keris UMNO
tetapi kali ini dengan harapan lembayung bulan sabit PKR bersama rakan-rakan
parti yang lain.
Kejayaan beliau kali ini membuktikan beliau mampu menempuh 5
pilihanraya tanpa tangisan kekalahan. Semoga genap 93 tahun usia Tun ini Allah
limpahkan 1001 rahmat dan kesihatan yang baik kepada beliau untuk terus
memimpin Negara.
-ALT-
Comments
Post a Comment