MEMARTABAT SANG BANGSA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

syukur pada hari ini kita sama-sama dapat bermesyuarat dalam keadaan baik.

Maka dalam pada itu saya secara tidak langsung memuji AJK Kadet Bomba SMK DE yang bertungkuslumus demi memastikan segala aktiviti berjalan lancar.

Pelbagai suka duka yang diredah sepanjang 2017. Maka pada 2018 yang mendatang ini kita akan diperlihatkan dengan pelbagai lagi aktiviti yang bakal kita anjurkan.

sebagai pemegang mandat bagi memimpin hampir 2/3 daripada tingkatan 6. Saya sedar bahawa pelbagai inisiatif harus dilaksana dalam memastikan keseimbangan dapat dicapai diantara kokurikulum dan akademik sejajar dengan amanat pengetua bagi meletakkan satu batu asas bagi memberi satu tanda kehebatan kita.

saya juga mendengar pelbagai masalah yang dihadapi. kita tersangat paham akan perlunya pengasingan entiti diantara arus perdana dan tingkatan 6 harus dilaksana.

maka pada mesyuarat agung tadi saya telah menggariskan 3 dasar dalam kepimpinan tahun ini.

MENGURANGKAN KOS SARA HIDUP
-menjadi tunjang utama dalam kepimpinan saya untuk terus memastikan kadar sara diri dalam pembelajaran di tingkatan 6 perlu diletakkan pada kadar yang rendah. kita tidak mahu kerana kos yang menghimpit mengganggu pembelajaran kalian.

MELESTARI SUASANA PEMBELAJARAN
-form 6 sepatutnya diangkat sebagai sebuah suasana yang selesa dan kondusif. maka hasrat saya adalah menjadikan suasana di tingkatan 6 lebih kondisif dan professional

MEMPERKASA KEHIDUPAN MELALUI MAQASID SYARIAH.

Bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara yang ingin membina modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani, intelektual dan sosial. maka maqasid syariah sangat bersesuaian bagi memastikan pembangunan modal insan yang seimbang.

berikut adalah 5 objektif Maqasid Syariah
- pemeliharaan Agama
-pemeliharaan Jiwa
-pemeliharaan akal
-pemeliharaan keturunan
-pemeliharaan harta

maka kesemua elemen ini akan diterapkan dalam kepimpinan kami dan terus memacu demi mendaki kecemerlangan duniawi dan ukhrawi

kita juga mahu semua rakan-rakan tingkatan 6 merapatkan saf berganding bahu demi memperoleh keputusan yang baik kerena kita percaya semua kita adalah dikalangan orang-orang yang hebat. maka hendaklah kira kita mengejar misi 4 rata yang diredhai dan bukan sebuah pencapaian 4 rata yang diberikan dengan keadaan istidraj.

wasalam.
-ALT-

Comments