PENDIDIK DUNIA AKHIRAT

ASSALAMUALAIKUM,

Kali ini saya tersentuh dengan isu CIKGU AZIZAN yang ditahan atas kesalahan mendenda anak muridnya yang menghidu gam.

sememangnya hari ini negara ini diperlihatkan dengan sebuah dasar pendidikan yang mempercayai cara halus (motivasi) dapat mengubah perangai dan sikap pelajar itu.

bagi saya cara ini sama sekali tidak benar, bagi saya biarlah diajar cara yang keras diusia muda biar menjadi manusia yang peka terhadap apa tindak tanduknya hari ini.

saya lihat hari ini, pelbagai masalah sosial berlaku sejak dari bangku sekolah dan ini juga disebabkan kuasa guru untuk merotan dihadkan.

bagi saya biarlah guru-guru ini diberikan kuasa untuk merotan agar anak-anak ini tahu kesannya jika melakukan kesalahan.

motivasi bagi saya hanyalah membuang masa dan wang. kerana sepatutnya ia patut diajar dalam subjek sivik. sepanjang saya bersekolah tingkatan 1 - 5 pelbagai kem motivasi purata lebih 20 kem motivasi saya hadiri dan antaranya oleh penceramah terkenal . namun, keputusan saya tetap suam-suam kuku. namun apa yang saya suka ialah gaya mengajar guru tusyen metamatik tambahan dan fizik saya.

cikgu Malek Kamarudin. beliau bukanlah seorang yang menyelindung ayat-ayatnya disebalik kata-kata puitis motivasi. namun beliau sangat berterus terang dan menakutkan saya dan rakan-rakan akan perit getir hidup tanpa ilmu.

hari ini, ibubapa seharusnya memberi sokongan kepada guru, jangan terlalu manjakan anak anda. mereka bukanlah baik seperti anda jangka. BELIEVE ME!

berani saya katakan 90% anak-anak hari ini M.U.N.A.F.I.K! sampai ada yang memburuk-burukkan guru mereka. wahai ibubapa, lebih baik percaya pada tindakkan para guru yang terlatih dalam menilai anak murid bukan sahaja dari atas kertas tetapi dari segi sahsiah.

apa yang dilaporkan kepada anda itu lah sebenarnya anak anda. janganlah sekadar birat sikit anda nak saman bagai. alasan? sebab anda tak pernah pukul anak anda. itu lah silap anda.

moga perkongsian hari ini dapat menyedarkan ibubapa yang para guru hari ini adalah mata anda bagi menilai anak anda. Jaga lah permata aset negara ini. Masa Depan Negara Adalah Ditangan Mereka.

Comments