LANGIT TIDAK SELALU CERAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

TEKANAN DALAM HIDUP. Sudah pasti ramai yang melaluinya bukan? baiklah dalam era yang serba serbi mencabar ini adalah sangat penting untuk memastikan kita bijak memilih pilihan walaupun dalam keadaan dalam tekanan.

menangis, merindui atau meratapi adalah salah satu perkara biasa bagi yang menghadapi kehidupan. tapi percayalah seberat manapun sesuatu masalah itu pasti ada jalannya. Kerna Allah tidak bebankan HambaNya dengan perkara yang seseorang itu tidak terdaya.

1. LETAKKAN ALLAH SEBAGAI YANG PERTAMA

setiap kali ada masalah pasti kita mencari rakan atau sahabat berdekatan untuk meluahkannya. perkara ini salah sama sekali. mengadulah pada Allah yang pertama. tidak perlulah terlalu formal hanya diatas sejadah semata. detikkan dalam hati. niatlah berbicara dengan Allah. sesungguhnya ALLAH itu maha mendengar.

2. CERMIN DIRI

lihat semula segala apa perbuatan kita. kadang-kadang Allah bagi masalah kerana sikap kita. tidak patuh dengan Allah. suruhanya tidak dilakukkan atau melakukkan larangannya.

ingatlah, beruntunglah dikala kita ada masalah kita ingat Allah. mungkin pada mana Allah memberikan masalah pada kita, Allah merindui untuk kita berdoa mengadap dan mengingatiNya.

kerna Allah itu Maha Penyayang.

3. CARILAH SAHABAT

ketika mana menitisnya airmata seorang Penghulu Segala Nabi. Rasulullah S.A.W ketika henda perang Badar. Rasulullah berdoa dengan bersungguh-sungguh sehingga jatuh mantel baginda.

datanglah Sahabat Karib baginda Abu Bakar r.a mengangkat mantel tersebut. ini adalah satu contoh sahabat yang baik. sedia untuk bersama-sama melalui masalah. jangan sesekali disia-siakan. kerna rakan inilah yang akan mengengam erat diri kita mengiringi ke syurga kelak In Sya Allah.

sahabat yang baik sentiasa ada disisi walaupun kekadang ada selisihnya. itulah lumrahnya

4. BUAT PILIHAN BIJAK

melangkah dengan semangat yang jitu dan berani walaupun hati rasa sebak dek kerana tekanan bertalu-talu datang. ambil nasihat dari yang berpengalaman.

saya akui mmg bukan mudah. tetapi langkah dalam kehidupan perlu diteruskan moga yang membaca ini dapat melalui setiap detik indah dan menjadikan setiap cabaran itu sebgai pengalaman hidup.




Comments