BAITULMAQDIS : kemuliaan harus dipertahan

  Gugur luluh hati umat islam apabila presiden Amerika mengumumkan bahawa mereka akan menletakkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Jerussalam. Mereka juga mengiktiraf bahawa ibu negara bagi israel ialah Jerussalam. Namun, disebalik isu yang hangat ini. pelbagai persepsi dilontar.

    isu ini bukanlah baru didalam dunia ini. masjidil aqsa merupakan sebuah tempat ibadat berstatus Quo dimana terdapat 3 agama yang boleh beribadat disana iaitu Yahudi, krstian dan Islam. Namun jika dilihat lembaran sejarah. Jerusalam barat telah dikuasai israel sekian lama. malah sejak 1967. ketika itu sehingga sekarang. apa usaha kita?

bersama NIK ABDUH
   Luluh hati saya melihat pemimpin kita iaitu YAB Perdana Menteri di palitkan juga bahawa beliau bersekongkol dengan Presiden Trump. Wahai pembaca ketahuilah. Dalam isu ini ia adalah entiti berasingan antara ekonomi apabila kita membawa pelaburan kenegara mereka. kita mempunyai satu tahap dimana suara kita juga didengari mereka. Apabila YAB PM menyeru bangsa bangkit atas nama agama. Para netizan mengecam beliau mengatakan bahawa ia retorik semata.

   saya juga terkilan hari ini apabila hadir ke himpunan solidariti untuk Palestin di depan kedutaan AS. terdapat seorang pemidato muslimah yang mengatakan bahawa pemimpin Barisan Nasional tiada tindakkan dalam isu ini. Bukanlah saya ingin berpihak secara membuta tuli. Apakah yang pemimpin kita mampu lakukan andai rakyat hari ini tidak bangkit menjadi sebuah negara hebat.

kita lantang bersuara tetapi dimanakah usaha kita bagi mengawal dunia. kita lihat bagaimana israel mengawal dunia dengan teknolgi dan ilmu. dimanakah kita, masih indah dibuai cinta berasaskan zina? facebook dan istagram. kelalaian inilah bayaran buat kehancuran Al Quds hari ini.

Penyelesaiannya mudah. anak muda hari ini terus tuntut ilmu keluar dan lebarkan sayap kegemilangan. Moga dengan ilmu kita mampu mengegar dunia dengan kalimah Tiada Tuhan Melainkan ALLAH dan MUHAMMAD itu pesuruhNya.

larilah dari kancah maksiat dan kelalaian. jatuhkan ego terima nasihat dan teguran. doakan agar diberi hidayah bukan hanya duduk dan mencemuh. lihat bagaiman israel bangkit dari tiada apa-apa hingga menjadi kuasa dunia. teknologi yang canggih buatan mereka terus melalaikan kita.

MOGA DOA KALIAN BISA MENJADI TALIAN HAYAT BUAT MENGANTUNG KELANGSUNGAN AL QUDS.
bersemangat merekamenyatakan suara
mempertahankan ummah



Comments