MARILAH MENUJU KEJAYAAN

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA,

SPM dan STPM adalah dua peperiksaan penting bagi rakyat Malaysia. Peperiksaan inilah yang menjadi ‘GAME CHANGER’ bagi sesebuah kehidupan seseorang itu. Maka, persediaan mental dan fizikal sangatlah penting bagi menghadapi peperiksaan ini.

Suka saya untuk menaikkan semangat untuk menghadapi peperiksaan dengan sebuah peperangan yang menjadi titik tolak dalam perjuangan islam. Perang Badar.

Apa kaitannya?

Perang badar merupakan peperangan yang berskala besar pertama buat umat islam dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW. Peperangan ini merupakan sebuah peperangan yang tidak boleh diterima akal untuk berpihak kepada umat islam kerana umat islam bukan mempunyai kelengkapan yang baik bagi menghadapi peperangan badar dengan musuh mereka kaum musyrikin Mekah ketika itu yang jauh lebih besar dan berkelengkapan sempurna . namun, ketika mana peperangan tamat dimana 311 orang tentera Madinah memenangi peperangan bersama 1000 orang musyrikin mekah adalah sesuatu diluar jangkaan.

Jelas disini bahawa bukan persediaan fizikal sahaja yang mampu menjamin kita untuk Berjaya dalam peperangan. Peperangan ini adalah analogi untuk peperiksaan yang bakal kita hadapi ini.

BERSUNGGUH-SUNGGUH
-           Bukan mudah untuk menimba ilmu dengan pelbagai dugaan yang datang. Maka, ketabahan kita dalam kesungguhan kita dalam menghadapi onak duri ini sangat penting. Lihatlah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang berperang dikala bulan Ramadhan dan       meninggalkan anak isteri demi untuk mempertahankan agama, harta dan negara. Inilah perkara yang kita perlu jadikan pengajaran. Tolaklah segala perbuatan yang sia-sia demi mendapat keberkatan ilmu. Tunjukkan kesungguhan sebagaimana kesungguhan para sahabat supaya kita memenagi sebuah keputusan yang memberangsangkan demi kejayaan kita agar mampu membela agama bangsa.
 BERANI
-          Keberanian dalam diri juga penting. Jangan sesekali fikir negative. Kerana kejayaan itu hadir bagi mereka yang berani mengubah diri mereka. Berani menolak segala yang salah. Berani mencuba dan mara kehadapan sepertimana para sahabat muhajirin dan ansar bergabung dan mara demi mempertahakan Madinah dan islam. Berani merebut peluang dengan meraih keredhaan para pendidik seperti mana para sahabat memrebut keredhaan Rasulullah SAW. Setiap langkah itu harus berani untuk mengubah hidup kepada lebih baik dengan pendidikan.
SAHABAT
-          Komponan ini penting buat sesiapa sekali pun. Sahabat itu seharusnya bersama-sama menuju kejayaan. Saling bantu membantu agar tidak terjatuh ke lembah kemurkaan ALLAH. Sahabat itu sentiasa memberi nasihat dan ikhlas dalam persahabatan demi kehidupan yang warnanya bahagia. Sepertimana Saidina Abu Bakar, Umar dan Ali tetap bersama Baginda hingga akhir hayat. Tatkala menitis air mata Baginda Rasulullah kerana risau kepupusan umat sehingga terjatuh pedangnya. Abu Bakar lantas datang datang dan memakaikannya pada Rasulullah. Inilah sahabat yang kita mahu, rela bersusah senang dengan kita.
DOA
-          Kejayaan itu hadir kerana keizinan Allah. Maka, berdoalah, mengadulah pada yang esa. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik. Sepertimana Allah mendatangkan bantuan untuk Ahli Badar. Maka, bantuan Allah juga pasti ada buat kita sebagai hamba-nya.
Kemenangan badar dapat dicapai dengan elemen yang saya sebut tadi. Maka bukanlah sesuatu yang mustahil kejayaan adalah untuk kita semua dalam peperiksaan kelak kerana kita mestilah PERCAYA SEBELUM BERJAYA. Terus istiqamah dalam usaha. Dengan izin Allah. Kita mampu Berjaya dunia dan akhirat.

Akhir kata, selamat Berjaya buat calon-calon peperiksaan semua terutama SPM DAN STPM. Sahabat saya pernah berkata seutas ayat yang sangat bermakna buat saya. JANGAN MENGALAH SEHINGGA PENGAWAS PEPERIKSAAN AMBIL KERTAS JAWAPAN KITA

-ALT-


Comments

Post a Comment