TERIMA KASIH CIKGU!

Assalamualaikum dan Salam Negaraku

SMK KOMPLEKS KLIA, Nilai. Bukanlah sebuah sekolah yang asing di Negeri Sembilan. Dengan kehebatan sukan serta akademiknya. Sejak 2015 sekolah ini telah menerima pimpinan PN Hajah Aini sebagai Pengetua sekolah ini.

Alhamdulilah dibawah kepimpinan beliau telah banyak mentrasformasikan SMK KOMPLEKS KLIA kepada satu tahap yang boleh dibanggakan. Banyak jasa beliau yang dapat dikenang selama menerajui sekolah ini. Penubuhan Baitul Hikmah, dan menjadikan d’klian sebagai model #Mydigitalmaker, dan baru-baru ini menubuhkan galeri sekolah. Pelbagai lagi pencapaian yang telah dirangkul sekolah sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini.

Dibawah pentadbiran beliau juga saya dapat melihat kepesatan dalam penggunaan bahan bantu mengajar dan banyak lagi inisiatif bagi memodenkan cara PdP. Dari komen saya sebagai individu hari ini saya dapat belajar sesuatu dari beliau semasa bersekolah disitu. Alhamdulillah saya berbangga kerana dapat sama-sama melakar sejarah dalam menubuhkan Baitul Hikmah pada tahun 2016. Dari situ saya belajar bagaimana untuk menjadi pemimpin yang hebat walaupun memimpin sesuatu yang kecil. Namun biarlah kerja itu meninggalkan sesuatu yang memudahkan generasi lain kelak.

Pada 15/9/2017 beliau telah menamatkan perkhidmatan sebagai pengetua SMK KOMPLEKS KLIA. Segala jasa beliau akan diingati sepanjang berdiri gahnya SMK KOMPLEKS KLIA. In Sya Allah. Semoga jasa yang ditabur beliau di medan perkhidmatan beliau memberikan seribu satu rahmat buat kehidupannya. Hanya Allah yang mampu membalas segalanya.



Comments