ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
![]() |
PADA 22/9/2017 kita akan menyambut awal Muharram |
Alhamdulilah,
kita diberikan peluang untuk terus meniti
diatas nyawa yang masih berbaki ini untuk melihat lebih banyak keagungan Allah
S.W.T di atas muka bumi ini.
Tahun baru hijrah telah membuka medan pertempuran buat iman
kita lagi. Ini bermaksud, pelbagai ranjau kehidupan harus di lalui demi untuk
tujuan yang satu iaitu mengejar redha Allah SWT. Ini memerlukan istiqamah dan
kekuatan dalam diri dan niat yang kuat.
Namun, sebenarnya ramai diantara kita yang sering tidak
mampu menilai keupayaan diri kita dalam mengecapi sesebuah impian. Hal ini
kerana kita sering tidak percaya akan sesuatu yang kita lakukan disamping tiada
keyakinan diri.
Kita lihat kepada sirah Rasulullah ketika hendak ke perang
pertama mereka – perang badar. Di mana ketika itu umat islam baru saja bertatih
untuk kukuh sebagai sebuah umat yang kuat. Mereka perlu menentang puak kaum
musyrikin dari Mekah yang kekuatan mereka menjangkau tiga kali ganda dari
mereka.
Lebih menyedihkan mereka hanya berbekalkan senjata-senjata
seperti pisau dan pelepah tamar. Tetapi apa yang dibuktikan disini ialah
semangat mereka. Mereka percaya sebelum Berjaya. Untuk membina percaya itu
haruslah diiringi usaha. Mereka tetap bersemangat walaupun mereka
berkemungkinan untuk dilenyapkan oleh kaum musyrikin. Tetapi semangat mereka
yang kuat untuk mempertahankan agama membuahkan sebuah keputusan dimana mereka
memenangi perang pertama tersebut.
Ketika mana percubaan demi percubaan dilakukan demi
menjatuhkan ROM yang berpengkalan di kota kontatinople terus menemui kegagalan
akhirnya Berjaya tatkala pimpinan Sultan al Fateh. Ini juga satu lagi prinsip
untuk percaya sebelum Berjaya.
Begitu jua dalam kehidupan kita ini, untuk merealisasikan
sebuah impian. Kita haruslah mempunyai iltizam dan niat yang kuat serta terus
istiqamah dalam apa sahaja yang kita lakukan dan terus percaya sebelum Berjaya agar
kita terus sedar akan adanya Allah SWT dalam membantu kita mencapai hasrat misi
dan visi kita. Kita mungkin akan menemui kegagalan. Tetapi itu mungkin tanda
bahawa Allah ingin lihat kita bangkit diatas kekuatan kita agar dapat berdiri
diatas iman kita. In Sya Allah.
Comments
Post a Comment