ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM NEGARAKU MALAYSIA,
Malaysia ialah sebuah negara yang terbentuk pada 16 September
1963 melalui idea Perdana Menteri Malaya masa itu, Tunku Abdul Rahman. Malaysia
ialah sebuah gagasan yang ingin mengabungkan semenanjung tanah melayu bersama
Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia. Namun,
terdapat halangannya seperti yang sedia maklum. Tuntutan Filipina ke atas Sabah
dan konfrontasi Indonesia. Namun, diatas kebijaksanaan pemimpin ketika itu. Kita
mampu menangani segala bentuk cabaran dan akhirnya membentuk sebuah negara
bernama Malaysia.
Saban era telah berlalu, hari ini kita melihat Malaysia gah
dimata dunia. Biasalah andai dipalit beberapa kontroversi. Melihat kepada
lembaran sejarah, tiada apa-apa pun yang bangkit di dunia ini tanpa dipalit
dengan kontroversi. Kita lihat pada era Tunku dan Tun Abdul razak dengan isu
penjualan air kepada Singapura, zaman Tun Mahathir dengan isu forex, bahkan
gaji yang diberikan kepada pejawat awam juga tidak setanding dengan kerja
mereka. Namun, segalanya diharungi dengan jayanya. Malaysia hari ini ialah
sebuah negara yang maju dan giat dibangunkan.
Namun, apalah daya andai kejayaan kita ini hanyalah diatas
kertas semata. Kita lihat peradapan kita khususnya pada generasi TN50 ini. Bagaimana
kita hendak menyerahkan keadaan negara yang maju kepada anak-anak ini kerana
kita lihat statistic gejala sosial yang semakin parah. Hidup bagai tiada
pedoman, meninggalkan agama, langsung tidak menghormati para pemimpin,
mengangap melanggar undang-undang sebagai sebuah perkara yang hebat, dan tiada
langsung rasa sopan untuk melakukan perkara terkutuk dikhalayak ramai.
Hal ini secara langsung menunjukan bahawa anak-anak belia
hari ini tiada langsung taat setia terhadap rukun negara. Namun, ada yang
sangat mematuhi rukun negara ini. Dan ini boleh dijadikan contoh dan sebagai
pelapis pemimpin masa hadapan. Saya melihat anak-anak belia sering termakan
kata-kata pembangkang yang ingin sekali melihat kerajaan kita jatuh rebah. Kecetekkan
anak-anak ini digunakan sebagai senjata untuk menyerang kerajaan fizikal dan
mental. Ketahuilah, bahawa untuk kearah sebuah negara maju. Ada harga yang kita
terpaksa bayar.
![]() |
AL-FATIHAH kepada Almarhum Tuanku Abdul Halim. moga Allah membalas segala jasa tuanku kepada negara ini. |
Menjelang hari Malaysia 2017 ini, Malaysia dikejutkan dengan
beberapa peristiwa pahit yang memberikan kesan mendalam terhadap rakyat
Malaysia. Pertama sekali ialah kemangkatan DYMM Almarhum Sultan Abdul Halim
Ibni Almarhum Sultan Badlihah. Kehilangan Almarhum Tuanku merupakan sebuah
kehilangan besar dalam institusi Beraja di Malaysia. Uniknya tentang Almarhum
Tuanku ini adalah kerana Almarhum Tuanku menaiki takhta sebagai Yang DiPertuan
Agong sebanyak dua kali namun keunikkannya ialah sewaktu pemerintahan Almarhum Tuanku.
Perdana Menteri yang berkuasa adalah ayah dan anak. Pada kali pertama Almarhum Tuanku
menjadi YDPA yang ke lima dimana Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri
ketika itu. Dan ketika Almarhum Tuanku sekali
lagi menaiki takhta sebagai YDPA ke 14 anak kepada Tun Abdul Razak, Dato’ sri
Mohd Najib pula sebagai Perdana Menteri. Ini ialah salah sebuah keunikkan pada
pemerintahan Almarhum Tuanku. Namun, saya mengucapkan takziah kepada kerabat Almarhum
Tuanku dan seluruh rakyat kedah atas kemangkatan baginda.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5F3VSNMryRMSERRbm5EzMSLR8OjO4EObuFEqv40HokKBr6VrAl9BtoL2kKwVN_wxA1UqHYKSKABGZ_wRa_Er09UBZoT4YZd7lsIhTLaAZzMq3TtjFi4I4hZT4MD1dtzlzALw4iFHAkLnE/s400/download.jpg)
Maka, kesimpulannya. Negara ini yang dibina dengan perpaduan
hendaklah dijaga dan diharmonikan sebagai mana ia lahir dengan dasar perpaduan.
Sebagai belia. Kita seharusnya bersiap siaga untuk mengambil alih pimpinan
negara suatu hari nanti dan memimpin dengan ilmu dan pengalaman.
Comments
Post a Comment