Assalamualaikum dan salam negaraku,
Alhamdulillah minggu ini merupakan sebuah minggu yang
bersejarah buat saya apabila diberi penghormatan untuk mengiringi YAB Perdana
Menteri Dato’ sri Mohd Najib di majlis perasmian Taman Negara di ibu negara
baru-baru ini.
Apa yang saya lihat pada projek Taman Tugu negara ini adalah
satu keunikkan di Malaysia apabila semua pihak dari kerajaan hingga akar umbi
berganding bahu demi mempertahankan khazanah hijau negara ditengah-tengah ibu
kota. Jutaan terima kasih buat Khazanah Nasional diatas inisiatif CSR yang
sangat bermakna ini.
Flora dan fauna adalah antara simbol keunikkan negara kita.
Kerana dahulu tanah melayu ini adalah sebuah belantara nusantara yang
kedamaiannya kerana flora dan faunanya. Namun hari ini, pembangunan yang rakus
mengakibatkan khazanah negara yang ulung ini makin terancam.
Bukankah kita mempunyai generasi TN50 yang perlu mewarisi
semua ini? Apakah maksud kehidupan mereka tanpa ada ketenangan semula jadi ini.
Mungkin dengan pemuliharaan alam sekitar ini dapat mengembalikan peradapan yang
unik satu masa dahulu yang mengamalkan kesopanan dalam kehidupan walaupun dalam
belantara.
Kita lihat lembaran sejarah dahulu, kesenian puitis Bahasa
diulit keayuan unsur semula jadi menjadikan bait-bait Bahasa itu sangat halus
untuk ditafsir. Ini membuktikan bahawa flora dan fauna ini membentuk peradapan
dan sahsiah diri yang baik sejajar dengan sifat alam semula jadi yang tenang.
Moga dengan inisiatif kerajaan dan Khazanah Nasional yang
komited dalam memuliharakan alam semula jadi didalam ibu kota dengan
projek-projek mega seperti River of Life, Kolam Biru dan Taman tugu ini dapat
membina ketamadunan asal kita yang berteraskan alam semula jadi disamping
meletakkan negara kita sejajarkan dengan negara maju yang meletakkan keunikkan
mereka pada khazanah alam semula jadi ini.
Comments
Post a Comment