ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM
NEGARAKU,
ALHAMDULILLAH pertama sekali
saya ucapkan syukur dan mengucapkan terima kasih buat yang YAB Dato’ sri Najib
kerana memberi cuti pada 4/9/2017 atas kejayaan Malaysia dalam temasya sukan SEA
kali ke 20 ini. Kita dapat lihat. Malaysia bersatu padu dalam mendapatkan cuti.
Namun, lebih mengunikkan
kemerdekaan tahun ini apabila ambang merdeka disambut di Stadium Bukit Jalil dengan
meriah sekali. Syukur dengan penganjuran temasya sukan SEA kali ini. Kita dapat
menunjukkan prestasi terbaik kita dalam bidang sukan terutamanya.
Pada tahun ini juga negara
telah dapat pelbagai kejayaan kita lihat dari segi ekonomi yang mengunjur
berkembang 5.8% pada bulan ini. Dari segi sukan pula secara keseluruhan kita
terbaik di asia tenggara setakat ini. Projek Mrt yang selesai merancakkan lagi
pertumbuhan dilembah klang. Semua ini adalah kejayaan buat negara yang menunjukkan
kita mampu menjadi sebuah negara berdaulat yang maju.
Wawasan 2020 yang
menginginkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang
tahun 2020 dilihat mampu dicapai jika seluruh rakyat Malysia memerdekakan
fikiran dan merebut segala peluang yang disediakan. Bagi generasi TN50 pula
anda perlu menyiapsiagakan diri untuk tampil kehadapan dengan ideologi dan peradapan
yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
Bagi membentuk generasi ini
memerlukan sokongan semua pihak. Bagaimanakah masa depan negara mampu terjamin
jika anak-anak muda hari ini baru sahaja membuka buku sejarah di tingkatan 4
sudah mampu berhujah menentang perlembagaan? Apakah lafaz rukun negara oleh
para pelajar hanya angin yang meniti di bibir sahaja? Di manakah generasi yang
bertamadun andai generasi muda hari in dibelenggu masalah sosial sepeti
dadah,buli,seks bebas, dan banyak lagi.
Saya seru sebagai anak muda.
Binalah identiti berlandaskan patriotisme dan kerohanian berlandaskan agama. Janganlah
kita menjadi pelapis yang bakal memulakan saat hitam negara. Sesungguhnya kita
mampu untuk berdiri sehingga detik waktu yang terakhir andai seluruh minda dan
pemikiran kita ditingkatkan standart bagi mengangkat taraf peradapan kita
mengiringi ketinggian darjat negara kita yang sedang membangun pesat dan maju
ini.
Saya juga pasti jika anak
muda hari ini mempunyai sifat patriotik yang tinggi. Sudahpasti setiap inci
tanah negara kita tidak mampu dijejak kuasa asing yang ingin mengangu gugat
keharmonian kita. In Sya Allah
Comments
Post a Comment