Nuzul al quran yang disambut
setiap 17 ramadhan adalah peringatan buat seluruh Umat manusia bahawa ketika
1400 tahun dahulu pada tarikh yang sama merupakan titik tolak kedatangan agama
syumul ke atas muka bumi ini.
Tarikh istimewa ini juga
merupakan Mandat kepada penghulu segala nabi iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk
menyebarkan dakwah islam kesuluruh pelusuk dunia. Daripada permulaan tersebut,
islam disebarkan agar kalimah Allah mampu berdiri teguh diatas bumi ini.
Ayat pertama yang diturunkan
ialah ‘iqra’ iaitu bacalah. Ayat ini ialah bukti atas kewajipan bagi umat
manusia untuk menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. Memang benar kebanyakkan
teknologi hari ini dikaji dan asasnya ialah dari orang islam. Namun,
revolusinya sehingga zaman teknologi yang pesat ini dipelopori oleh orang bukan
islam. Dimanakah anak-anak islam hari ini? Adakah sedang berdua-duaan
berasmara? Melepak? Atau terlibat kejala social negative?
Sedih apabila melihat umat
hari ini terutama belia jauh dari islam. Buktinya?
-apabila quran menyuruh
jauhi maksiat namun kita terus membuat maksiat
- apabila quran menyuruh
jangan membinasakan diri namun merokok menjadi budaya biasa.
- apabila quran mengajar
untuk bersabar dan bersopan santun, orang islam bagai yakjuk makjuk menghukum
orang
- apabila disuruh melabuhkan
tudung hingga ke dada kaum hawa terus memakai tudung hingga keatas dada
Dan banyak lagi bukti dimana
umat hari ini jauh dari quran. Itu pun ada yang ingin hukuman islam dilakukan.
Berapa ramai umat perlu direjam, berapa ramai harus dipotong tangan. saya bukan
menolak hokum islam. Tetapi kita lihat pada situasi.
Adakah perundangan islam
perlu dimasukkan kedalam Malaysia secara menyeluruh sedangkan umat islam dan
barat tidak jauh beza? Ketika Nabi Muhammad memasuki Madinah untuk memimpin.
Rakyatnya bersedia menerima islam. Dimalaysia, bagaimana dikatakan sebagai
menerima islam jika umat islam hari ini bagai mudah terpengaruh dengan ideology
barat? Jangan dikata agama, iman sendiri tidak mampu dijaga inikan pula agama.
Maka, secara perlahan kira semua sama-sama berubah menjadi lebih baik. Amin…..
Wasalam,
-ALT-
Comments
Post a Comment