melayu

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM NEGARAKU,

Sekali lagi Negara digemparkan dengan kematian seorang pelajar melayu islam di UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM). Sangat menyayat hati apabila punca kematian beliau adalah kerana didera atau dengan kata nama lain “ragging”.

Seperti yang semua tahu perbuatan ragging ini telah lama berlaku. Kes ini membuktikan dan membuka mata semua bahawa bangsa melayu ini adalah bangsa yang ego dan samseng dan tidak bertamadun dalam falsafah saya.

Bukanlah semua begitu tetapi segelintir mereka yang membawa nama bangsa melayu dan islam di kad pengenalan mereka ini bagai tiada otak dengan menyelesaikan masalah dengan kekasaran.

Di dalam Malaysia banyak sebenarnya kes-kes melibatkan kesamsengan melayu yang bagaikan tiada agama islam dalam diri.

Kes menampar MAT OVER, wanita menunjukkan jari tengah, kekasaran selepas solat jumaat, menghukum sendiri sehingga mencetuskan kematian dan bermacam-macam lagi.

Adakah ini islam? Adakah ini bangsa yang bertamadun? Adakah ini ciri-ciri bangsa pendukung rukun Negara dan wawasan 2020? Percayalah andai ketamadunan Negara ini runtuh bukan kerana kerajaannya tetapi kerana bangsa tunjangnya.

Sedarlah wahai bangsa melayu, andai kita membenci dan menggosipkan bangsa lain. Lihat pada diri kita, belum lagi kita melihat pada aspek sahsiah. Anak-anak melayu hari seperti tidak pernah diajar tentang adab dan mereka acap kali menunjuk ego mereka. Walhal mereka bukanlah ahli falsafah atau ahli pemikir.

Pada kaca mata saya sendiri, anak melayu hari ini bergelumang dengan kekotoran gejala social, kalau hendak berkata tentang kekasaran. Bangsa malayu memang hebat tentang itu, cakap sahaja dari sekecil-kecil masalah boleh membawa pergaduhan besar. Tetapi membawa kepada liga ilmu dan falsafah, mereka hanya debu yang tiada apa-apa.

Saya tegaskan disini, bukan semua seperti saya katakan seperti itu, masih ada melayu yang hebat di persada dunia ini. Namun, ini dunia moden dimana dunia akan mencari kesalahan berbanding kebaikkan. Kerana setitik nila rosak susu sebelanga.

wasalam


-ALT-

Comments