Lelah Ibu


Andai titis airmata itu jatuh,
Kerana ingin kau melihat dunia,
Diluntur segala sakit dengan tangisanmu,
Kau selamat melihat dunia sudah kering airmatanya,

Andai dari kecil tapak tangan itu,
Sang ibu mengaut rezeki dengan apa daya,
Demi kebahgiaan mu didunia meniti alam keseronokan,
Menyimpan duka disebalik cinta bersama sang ayah yang disayangi,
Mahu digadai apa yang ada demi kebahagiaan mu,

Andai hari ini lantang diri mu dek kerana nafsu,
Membuak dihadapan seorang bidadari,
Pengiring dirimu ke syurga kelak,
Namun tatkala titisan itu dek kerana kurang ajarmu,
Tahulah kau akan malek menunggu kau dibawa ke neraka kelak,

-ALT-

Comments