GURU PEMBINA BANGSA NEGARA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saban tahun kita menyambut hari guru.  Hari dimana kita menyuluh kembali jejak-jejak jasa sang pembimbing bangsa dalam dunia pendidikan khas nya. 

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari guru khususnya kepada para guru saya di sk taman samudra,  SMK Taman Selayang,  SMK KOMPLEKS KLIA,  dan di KIPNB. dan amnya kepada seluruh warga pendidik di seluruh dunia. Segala pengorbananmu dalam menyuluh jalan kehidupan dengan cahaya ilmu tak akan saya lupakan.  Semoga tuhan membalas jasa baik cikgu-cikgu semua.

Hari ini,  saban kali kita melihat bahawa profession perguruan ini ditekan oleh sikap ibubapa yang seringkali memanjakan anak mereka.  Seperti baru-baru ini viral sebuah gambar mengatakan sebuah sekolah kejam apabila perhimpunan dilakukan di atas jalan. 

Wahai pembaca sekalian,

Ingatlah, institusi pendidikan merupakan pemangkin dalam keutuhan bangsa. Kita menyelusuri ke zaman dimana guru-guru bisa merotan anak murod mereka andai melakukan kesalahan.  Kita lihat walaupun anak-anak remaja ketika itu 'nakal' namun masih ada butir-butir hormat terhadap guru dalam diri mereka.

Hari ini,  remaja semakin ganas.  Dek kerana ibubapa yang selalu menyembunyikan kesalahan anak mereka atau menutup sebelah mata salah anak mereka.  Mengakibatkan ramai guru-guru terpaksa menahan sakit fizikal dan mental. 

Pembaca sekalian, 

Ingatlah,  profesion perguruan ini bukan lah sesuatu yang mudah. Mereka lah guru dan merekalah pentadbir.  Perit lelah pengorbanan mereka harus kita hargai sejajar dengan tema hari guru 2017 iaitu GURU PEMBINA BANGSA NEGARA.

Demi Untuk memastikan kelangsungan kepimpinan negara yang cemerlang. Benih-benih umat hari harus kita semai. Pihak yang memainkan peranan utama ialah guru.  Maka,  bersama-samalah kita berdiri dibelangkang para guru demi memastikab generasi muda hari ini.  Cemerlang gemilang terbilang.

-ALT-

Comments