13 MEI

Assalamualaikum & salam sejahtera

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya hari ini Malaysia masih lagi utuh sebagai sebuah negara yang stabil dan aman.

Sedar dan tidak sedar sudah 48 tahun tragedi berdarah 13mei 1969 yang mengangu gugat keamanan negara telah berlaku.  Alhamdulilah berkat keupayaan tim. Perdana menteri ketika itu iaitu Tun Abdul Razak yang mempengerusikan MAGERAN yang menjadi tunjang kepada pentadbiran negara ketika itu telah menyelamatkan Malaysia dari gaung kucar kacir.

Pada ketika itu,  negara masih lagi bertatih untuk mencari keserasian antara kaum dek kerana masih diawal merdeka.

Namun,  ketika itu boleh dikatakan ia nya normal kerana ia melibatkan dua kaum berlainan.  Hari ini kita lihat bangsa melayu sendiri bertelagah berpecah sehingga wujud ketidak stabilan dalam negara.

Tarikh ini juga dilihat sebagai penanda awal dimana ketika itu seorang tokoh yang baru kehilangan kerusi parlimen beliau ketika PRU 69'  ketika itu cuba menjatuhkan perdana menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman dengan menghantar beberapa surat layang dan beberapa siri rusuhan.  Beliau juga individu yang bertanggung jawap dalam perletakkan jawatan pm ke 5 dan hari ini beliau berusaha menjatuhkan perdana menteri hari ini.  Cuba kita fikirkan dan renungkan. Apakah agenda beliau sejak dari dahulu mengucar kacirkan pentadbiran negara.  Ketika beliau memerintah 22 tahun.  Kuasa raja-raja dikurangkan.  Apakah sebenarnya agenda beliau?  Sabagai rakyat fikirlah demi kestabilan negara.

Wallahualam.

Comments