SUATU PERPISAHAN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Semoga damai semua tanpa saya.

Hari tatkala saya membaca sebuah artikel dalam blog Tun M. saya tertarik pada satu frasa kata yang berbunyi


"The Majlis Tertinggi of UMNO and the Cabinet were quite dumb as I was the only one to speak"

saya tertawa ketika membacanya. mari kita kecilkan konteksnya dalam Baitul Hikmah di SMK KOMPLEKS KLIA. ketika saya berperanan sebagai presiden. dalam situasi yang sama. ketika hanya saya yang berani mengambil peranan sebagai seorang yang mahu meningkatkan fungsi PSS ke tahap sumbangan yang lebih besar.

Namun, saya masih ingat ketika saya menguruskan program terakhir saya buat julung kalinya saya di beri nasihat oleh exco pengurusan pengawas iaitu Wan Nur Qhairunnisa untuk cuba belajar untuk percayakan orang lain.

saya faham, dari kaca mata saya sendiri. saya melihat orang lain tidak berupaya untuk bergerak aktif seperti mana yang saya buat. Namun itulah masalah saya paling besar iaitu tidak percayakan orang lain. Terasa cuit hati mengenang pelbagai perkara selama saya mengalas jawatan yang agak tinggi ini.

saya juga tidak tahu sama ada presiden baru, Solehin Hisham boleh menyambung aspirasi saya atau tidak. tapi ketika exco pengurusan pengawas pss mengeluarkan kenyataan seperti tadi. ia membuat saya terkedu buat seketika.

Namun, hari ini saya merasakan bahawa sesuatu yang lain apabila meninggalkan semua yang saya dapat arahkan dahulu kini tiada apa-apa bagi saya. 

saya masih ingat ketika jamuan akhir tahun pss tempoh hari dimana saya secara rasmi meletakkan jawatan saya (setelah tertangguh selama 3 bulan) saya melihat seorang demi seorang pengawas PSS. ia melahirkan satu perasaan sebak. saya terkedu akhirnya ia menitiskan air mata kenangan. 

saya harap Baitul Hikmah selepas ini dipimpin oleh individu yang mampu menyambung aspirasi saya yang inginkan Baitul Hikmah menjadi satu pusat penyebaran ilmu utama buat SMK KOMPLEKS KLIA malah ia boleh menjangkau lebih lagi

sekian....

Comments