Syawal yang menjenguk

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

alhamdulillah esok adalah hari terakhir kita melaksanakan rukun islam kita iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Dalam tidak sedar kita akan menyambut syawal yang bakal tiba dengan penuh kesyukuran.

bagi saya, dalam melalui garis masa ini saya merasakan bahawa ia membawa seribu satu ujian melanda. namun kali ini saya merasakan satu kesyukuran yang amat sangat. kerana alhamdulillah Baitul Hikmah SMK KOMPLEKS KLIA telah secara rasminya beroperasi.

ia nya satu penghormatan untuk saya memimpin dalam keadaan yang mencabar ini. ia telah mengajar saya seribu satu ilmu baru dalam selok belok kepimpinan. suka saya menyatakan bahawa saya memohon maaf atas segala kakhilafan yang saya lakukan sepanjang kepimpinan saya.

sinar syawal tahun ini juga akan memperlihatkan bahawa kita haruslah selalu bersyukur atas pemberian ilahi dan berikan masa yang bekualiti terhadap yang tersayang. moga syawal kali ini akan memberikan seribu satu makna kepada kita

saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin


ikuti perutusan khas saya sempena aidlfitri ini di www.abglongta24.blogspot.com

Comments