RAMADHAN DAN LEBARAN

assalamualaikum .w.b.t

perasaan sedih mula menebal tatkala ramadhan karim hendk meninggalkan kita semua. nanun, kita percaya bahawa kita sudah melakukan yang terbaik dalam ramadhan kali ini: semoga dengan kebaikkan yang kita buat dapat merubah diri kita ke arah lebih baik.

namun, sebenarnya masih ada individu yang masih keras hati untuk berubah dibulan mulia ini. bahkan mereka terus menerus menjadikan diri mereka lebih buruk dari sebelum bulan mulia ini. ingatlah bahawa dalam bulan iilah menjadi wadah kita untuk berbaik-baik sesama kita. ingatlah sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun;

bila berakhirnya Ramadhan, tiba pula hari lebaran. ingatlah, tatkala kita sedang berenang dan seronok ada diantara kita yang susah dan tidak dapat mengukirkan senyuman dihari bahagia terebut; marilah kita memantu mereka yang kurang bernasib baik ini.

saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf di atas segala kekhifan saya. saya harap ramadhan seterusnya akan menjai lebih baik dari yang sebelumnya.

Comments