AIDILFITRI YANG PENUH KESYUKURAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T ,SALAM SEJAHTERA

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan keizinannya kita telah dapat menyempurnakan ibadah puasa yang dituntut dalam islam. Kini kita boleh menyambut hari kemenangan bagi menyambut kemenangan dan bersyukur ke atas segala nikmat-Nya.

Dalam kesibukan kita hari ini ingatlah bahawa kita mestilah berikan masa bersama yang tersayang agar hubungan silaturahim sesama keluarga terus dalam ikatan yang baik. Jangan dilupa juga akan hubungan sesama rakan.

Hari ini juga saya ingin mengukap segala kesyukuran tatkala menyebut tentang rakan. 5UAA, sebuah kelas di SMK KOMPLEKS KLIA yang saya sangat hargai atas segala sokongan yang mereka berikan. Saya tahu yang saya banyak melakukan kesalahan dengan mereka. Sepuluh jari saya susun memohon maaf terhadap mereka .

Kolej Ilmu PNB juga merupakan sebuah kelompok yang saya anggap sebagai sebuah institusi keluarga. Mereka yang banyak membantu bagaikan adik beradik. Saya harap persahabatan kami tidak akan luntur di mana jua haluan kita selepas ini.

Secara umumnya, saya bersyukur mempunyai ramai individu yang sentiasa memberi sokongan terhadap saya. Walau sesiapa pun yang mengenali saya sepanjang perkenalan kita saya memohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah yang pernah saya lakukan.

Bagi pengurusan Baitul Hikmah SMK KOMPLEKS KLIA saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Mohon ampun maaf zahir dan batin dari pihak kami. Saya juga memohon maaf zahir dan batin atas kesalahan yang pernah dilakukan sepanjang memimpin Baitul Hikmah SMK KOMPLEKS KLIA,

Akhir kata, marilah kita sama-sama menyambut Aidilfitri kali ini dengan penuh kesyukuran di atas segala nikmatNya. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN



 



Comments