MARHABAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Segala pujian dan selawat ke atas junjungan nabi Muhamad s.a.w dan segala kesyukuran atas nikmat Ramadhan yang sekali lagi Allah beri tahun ini.

Syukur ke hadratnya dengan limpah kurnianya kita sama- sama dapat menjalani ibadah puasa ini. Marilah kita merenung akan insan-insan disekeliling kita yang tidak sempat menyambut ramadhan kali ini kerna di jemput ilahi. Mari lah kita menambah amal ibadat dan menambah kualitinya agar kita dapat menjadikan Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.

Assalamualaikum juga diucapkan julung kalinya oleh warga Baitul Hikmah SMK KOMPLEKS KLIA kerana dengan limpah kurnianya. Baitul Hikmah akan beroperasi sepenuhnya mulai Ramadhan ini in Sya Allah secara berperingkat. Baitul Hikmah juga akan mencuba untuk menyampaikan ilmu-ilmu berkaitan ibadat dibulan Ramadhan ini.

#ALTMFYBIZ pula tampil dengan koleksi hari raya kami. Sebagai tempat membeli belah online. Kami menawarkan lebih 300 koleksi untuk dipilih sebagai mengiringi bulan mulia ini dan syawal.nanti.

Akhir kata, jadikanlah Ramadhan tahun ini lebih bermakna bersama insan tersayang dan kita haruslah menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini. In Sya Allah

Wasalam

#ALT #MFY #ALTMFYBIZ

FB: Alt Mfy Biz
Ig: Altmfybiz
Wechat id: altmfybiz

Comments