Hari Ibu

Assalamualaikum w.b.t

8/5 setiap tahun. Tarikh ini menjadi simbolik kepada penghargaan kepada ibu/mak/ummi/amma/mama dan apa sahaja panggilan  kepada srikandi dunia ini. Mereka inilah insan-insan yang menjadi tonggak kepada semua insan didunia.

Ibu adalah insan yang hebat. Mereka bukan sahaja menjaga kita disaat ada dunia. Tetapi hakikatnya, sejak dari jasad tiada bernyawa lagi. Disini kita lihat pengorbanan insan hebat ini. Walau sehebat mana sekali pun wanita itu, walau sekuat mana pun wanita itu. Namun ketahuilah. Perkara yang paling menyakitkan ialah ketika melahirkan seorang insan. Namun, perit itu terubat tatkala mendengar tangisan kali pertama anak-anak kecil mereka.

Tatkala lahir kita didunia ini. Mereka membentuk jati diri serta sikap anak-anak. Maka itulah antara sebav Allah memuliakan para ibu. Allah menuntut setiap anak menghormati dan berbakti kepada ibubapa kita. Kerna pengorbanan mereka sangatlah tidak terbalas

Saya sangat sedih melihat rakan-rakan muda dan sebaya saya terlibat dengan pelbagai masalah sosial tanpa memikirkan ibu mereka yang penat lelah mendidik kita semua. Maka disini adalah sangat berdosa anak-anak yang terlibat dangan masalah gejala sosial ini diibarat seperti menderhaka ibu mereka.

Tatkala saya melihat gejala sosial yang melanda anak-anak muda sekarang. Airmata saya terus menerus mengalir dari kelopak meta saya tatkala melihat peningkatan kes buang bayi dinegara kita.

Wahai kaum hawa muda saya seru. Jagalah harga dirimu. Kerna darjat mu diangkat oleh Allah & RasulNya. Ingatlah ibubapa mu walau apa perbuatan mu. Ingatlah mereka lah yang mendidikmu hingga kau mendikit dewasa. Adakah kamu semua ingin menyeret mereka ke neraka setelah apa kebaikkan mereka lakukan kepada mu. Dari kamu lahir dahulu.

Mengambil kesempatan ini. Saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada kedua-dua ibu saya. Dan kepada semua yang bergelar ibu diluarsana.

SELAMAT HARI IBU

wasalam.

Support #ALTMFYBIZ

Fb:- Alt Mfy Biz
Ig: altmfybiz
Wechat: altmfybiz

Comments