HARI GURU

Bismillahirrahmannirahim

Assalamualaikum w.b.t/salam sejahtera/salam 1 Malaysia

Sudah menjadi kelaziman. Setiap 16/5 kita akan menyambut Hari Guru.

Guru merupakan aset terpenting negara. Dalam pembinaan modal insan yang hebat. Guru-guru adalah asasnya. Setinggi mana darjat seseorang itu semestinya ada guru yang mengajarnya dahulu.

Sebab itulah Allah mengangkat darjat orang-orang berilmu. Guru-guru merupakan insan mulia yang sanggup bersusah payah setiap tahun demi membina anak-anak didik yang mampu melakar kejayaan suatu hari nanti.

Namun, kita sebagai penuntut ilmu yang masih mentah. Adakah patut kita menemplak guru-guru jika ditegur oleh mereka. Sejujurnya. Pelajar-pelajar seperti akan menyesal suatu hari nanti.

Ibubapa.. Adakah patut memarahi guru andai anak didenda? Ketahuilah. Tugas guru adalah untuk mendidik bukan sahaja dari segi ilmiah malah dari sudut "soft skill" juga. Adakah ibu bapa menyerahkan 100% pembangunan sahsiah anak mereka pada guru-guru. Ketahuilah. Guru-guru juga mempunyai komitmen dalam.pengurusan sekolah  maka ibubapa perlu berkerjasama dengan guru-guru untuk pembangunan anak mereka.

Akhir kata, SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik bangsa diluar sana. Semoga Allah membalas jasa guru-guru semua.

P/s: pada kesempatan ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru saya di:-

-tadika kemas taman samudra
-SK Taman Samudra
-SMK Taman Selayang
-SMK KOMPLEKS KLIA
-Kolej Ilmu PNB

#ALT #MFY #ALTMFYBIZ

Jom follow online biz ni

Fb:- Alt Mfy Biz
Ig: alfybiz
Wechat:- altmfybiz

Comments