Dalam mengejar misi

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini, dalam suku terakhir pelan transformasi pss SMK KOMPLEKS KLIA. Saya sangat optimis dalam perlaksanaan beberapa dasar dan rancangan dalam pelan 2016 PSS yang saya bentangkan November tahun lalu.

Dalam bidang pengurusan yang diterjui pengawas pss. Saya sangat komited dalam membentuk pengawas pss yang berfikiran eksekutif dalam perlaksanaan tugas. Apa bentuk jenis pentadbiran saya ambil dari organisasi kerajaan yang ada.

Dalam bidang ini. Setiap individu berjawatan harus tampil.dengan sifat komitmen yang jitu agar kepimpinan mereka tidak goyah sekaligus mencacatkan perlaksanaan misi PUSAT SUMBER SMK KOMPLEKS KLIA sebagai hub untuk informasi sekolah disamping sumber rujukan.

Hari ini juga, saya mendapat pelbagai tomahan akan kelemahan sistem pentadbiran. Saya akui ia dari kelemahan saya. Tetapi, dengan visi dan misi yang jelas. In sya allah saya dapat membaiki serta menaiktaraf pentadbiran pengawas pusat sumber agar lebih teliti dalam perlaksanaan tugas.

Tomahan terhadap kelemahan urus tadbir berkaitan sumber tenaga yang ada adalah menjadi fokus saya yang utama. Alhamdulillah, saya akan menerima senarai penuh nama pengawas pss penerima watikah esok dari pemangku exco pengurusan pengawas pss , Puteri Nur Najihah. Esok juga kami akan menguruskan dan menyelesaikan tentang ketirisan pengurusan pengawas pss.

Kesimpulannya, selagi kerusi pengurusi saya duduki. Saya akan terus memastikan akan segala urus tadbir akan diurus dengan baik DENGAN kerjasama Ahli Jawatan Kuasa yang dilantik. Bukan sengaja rombakan exco sebanyk 8 kali di lakukan tetapi untuk mencari momentum yang sesuai untuk memastikan kelemahan urus tadbir dapat diselesaikan

Wasalam.

#ALT #MFY

Comments