SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.....

ASSALAMUALAIKUM,

      ALHAMDULILLAH, syukur keatas hadrat ilahi. Kita masih boleh meraikan sambutan hari raya aidiladha dalam keadaan aman damai. Walaupun kita diperdengar dengan pelbagai tomahan dan fitnah namun ia langsung tidak menjejaskan perjalanan takwin tahunan kita.

      Disebalik sambutan hari raya aidiladha yang mulia ini, teringat pula pada kisah dimana seorang pemimpin yang hebat, pakar motivasi yang cerdik, perunding yang berhikmah, guru yang penyabar, ayah yang tabah, dan suami yang romantic dapat menyatupadukan penduduk madinah dan diterima oleh segenap lapisan penduduk madinah, baginda adalah MUHAMMAD BIN ABDULLAH, RASUL AGUNG, RASULULLAH SAW.

      Melihat kepada situasi itu, walaupun terdapat golongan munafik namun dengan perpaduan yang kuat dalam penduduk madinah dan ketaatan kepada pemimpin maka mereka boleh menjadi sebuah Negara yang hebat dan digeruni oleh empayar-empayar besar ketika itu. mereka juga dapat mengejar cita-cita mereka iaitu membuka kota yang paling dekat dengan Allah iaitu Mekkah.

      Alhamdulillah, dengan kemenangan yang besar itu. Mekkah menjadi sebuah Bandar yang maju sehingga sekarang dan diurus dengan baik.

     Apa yang cuba saya kata disini, situasi perpaduan yang dibina oleh RASULULLAH SAW boleh dicontohi oleh rakyat diMalaysia ini dalam situasi bangsa kita yang beragama islam ini terus menerus dicabar. Dengan perpaduan dan sokongan kuat kepada pemimpin. In sya Allah, Negara kita akan terus menerus membela islam ditanah tumpahnya darah kita ini.

Wasalam

IKUTI SAYA:-
FB:- Firdaos Yusof
TWITTER:- @FIRDAOS1
IG:- MFY

Wechat:- firdaos_alt

Comments